Tuesday, November 26, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi Normaliza Abd Rahim (2019)


Ulasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi

Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi mengandungi 6 bab secara keseluruhannya. Dalam bab satu, mengandung kajian mengenai wacana. Wacana merujuk kepada wacana yang berbentuk teks, tulisan, ujaran dan interaksi. Bab dua pula mengandungi teori dan pendekatan wacana yang akan memperkenalkan beberapa teori dan pendekatan wacana yang diperkenalkan oleh pakar-pakar wacana. Pendekatan ini juga sangat penting supaya sesuatu kajian itu berjalan dengan baik serta dapat difahami dengan mudah. Selain itu, bab tiga pula mengandungi analisis wacana dan tekstual dan ujaran. Analisis wacana itu berkaitan dengan wacana tekstual lirik lagu, cerita sosial dan wacana ujaran dalam kalangan kanak-kanak. Di samping itu, bab empat pula mengandungi strategi komunikasi strategi komunikasi ini berkaita dengan ujaran atau interaksi seseorang individu apabila berkomunikasi dengan orang lain.
Dalam bab lima pula mengandungi taksonomi dan pendekatan strategi. Senarai taksonomi  dan juga pendekatan turut diperkenalkan. Strategi komunikasi ini sesuai digunakan seperti dalam interaksi, ujaran, tulisan dan teks.  Seterusnya bab enam pula mengandungi analisis strategi komunikasi dalam kalangan kanak-kanak. Dalam bab ini pengkaji telah melakukan kajian terhadap kanak-kanak semasa dalam perbincangan kumpulan. Pengkaji mendapati terdapat 16 pendekatan strategi komunikasi yang telah digunakan. Kajian ini juga turut memberi kesan terhadap masyarakat, ibu bapa, dan pelajar sekolah. Akhir sekali, bab tujuh mengandungi cadangan kajian yang akan datang mengenai kajian wacana dan strategi komunikasi. Kesimpulannya, buku ini memberikan panduan kepada kita sekiranya ingin melaksanakan  sesuatu kajian wacana itu. Selain itu, kajian wacana juga boleh menggunakan teori dan pendekatan yang telah dibincangkan dalam buku ini. Seterusnya, buku ini juga dapat ilmu kepada pembaca mengenai strategi komunikasi. Hal ini demikian kerana strategi komunikasi ini sangat penting supaya komunikasi itu dapat disampaikan engan baik dan berkesan. Oleh itu, buku ini sememangnya sangat berguna untuk dijadikan rujukan.
Rujukan : Normaliza Abd Rahim. 2019. Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Penerbit: UMT.





INSTAGRAM



BUKTI PROF LIKE GAMBAR 



FACEBOOK





Tuesday, November 12, 2019

BBM3410Satu2019: KELAS AMALI MINGGU 9


Assalamualaikum semua. Kelas amali pada hari ini kami telah diberikan tugasan.


1) Mencipta kata-kata motivasi beserta maksudnya sekali




Semoga kata-kata ini sentiasa menjadi inspirasi buat diriku dan juga sahabat  semua. 




2) Membuat Ringkasan 'Taksonomi dan Pendekatan Strategi Komunikasi




Taksonomi dan Pendekatan Strategi Komunikasi

Monday, November 11, 2019

BBM3410SATU: VIDEO 8 (ONE SHOT 2 LAYER)





Assalamualaikum semua... Tugasan kali ini kami dikehendaki menghasilkan sebuah video iaitu One Shot 2 Layer. Kami telah memilih lagu yang berjudul Suasana Hari Raya nyanyian Anuar Zain & Elena. Walaupun video ini sekadar lakonan sahaja tapi memang rasa macam raya betul. Kami memang try hard gila lah nak bagi nampak macam real suasana hari raya. Contohnya, kami sediakan kuih raya, anyam ketupat untuk buat hiasan, bawak kuali apa semua tu...hahahahaha...Nampak tak kami punya effort? Gigih betul demi menghasilkan sebuah video yang menarik  Nak tahu video ini seronok atau tak? Jangan lupa klik pada video di atas. 

BBM3410SATU: VIDEO 7 (ONE SHOT)


Assalamualaikum semua...Kali ini aku mahu berkongsi dengan sahabat semua berkaitan dengan video yang telah kami hasilkan. Kami telah diberikan tugasan untuk menghasilkan satu video iaitu 'One Shot'. Tugasan kali ini memerlukan aku dan kawan-kawanku yang lain untuk menari. Kami telah memilih lagu yang berjudul Pura-Pura Bujang.  Mulanya aku macam tidak percaya kami semua perlu menari. Tapi demi tugasan kali ini kami sanggup buat apa sahaja. Aku bersama-sama dengan kawanku yang lain berasa bangga dengan apa yang telah kami lakukan. Sebabnya, kami berlatih menari ini tak sampai 24 jam. Lagi satu kami ni badan keras macam kayu. Pada mulanya memang agak susah kerana kami perlu hafal setiap pergerakan dan pergerakan yang dilakukan haruslah sama. Bagi penyanyi, dia perlu menghafal lirik lagu tersebut untuk memudahkan dia melakukan miming. Nak lihat bagaimana kami beraksi. Jomlah lihat video ini dan jangan lupa like dan subscribe sekali .






Tuesday, November 5, 2019

BBM3410Satu2019: KELAS AMALI MINGGU 7



assalamualaikum semua...kelas amali pada minggu ke-7 Encik Akmal telah memberikan banyak tugasan kepada kami .. kami perlu post semua kerja tersebut di twitter. memang minggu tersebut kerja kami di twitter sahaja...


1) Mencari berita-berita yang ditweet di twitter




2) Membuat bebenang mengenai cerita sosial yang berjudul 'Jiran'

 



3) Retweet dan komen apa-apa sahaja post di twitter







4) Ringkasan mengenai 'Teori Pendekatan Analisis Wacana'




BBM3419Satu2019: Fotografi 5 (Flat Lay Kumpulan)



Hai sahabat blog semua... Aku telah  diberikan tugasan untuk menghasilkan video Flat Lay... Antara jenis Flat Lay yang telah kami hasilkan adalah seperti berikut:

1) Flat lay barang
2) Flat lay manusia
3) Flat lay makanan
4) Flat lay minuman
5) Flat lay bebas


Jomlah like dan tambah view pada video kami...Subscribe sekali tanda korang support dengan kerja kami semua...







BBM3410Satu2019: Fotografi 4 (Simpulan Bahasa)


Assalamualaikum geng... untuk video kali ini, kami perlu hasilkan sebuah video iaitu 'Simpulan Bahasa'. kami perlu lakonkan bagi setiap simpulan bahasa yang telah kami pilih... bagi aku agak susah jugaklah nak berlakon bagi menunjukkan makna simpulan bahasa itu dan bagi orang faham apa yang kita cuba sampaikan... anda penasaran bagaimana kami hasilkan video simpulan bahasa ini? jom nonton video ini








BBM3410Satu2019: Fotografi 2



Assalamualaikum wahai sahabat blog semua... untuk video fotografi yang ke-2 ini kami perlu menghasilkan fotografi yang merangkumi: 

1) Pemandangan
2) Silhouette
3) Kabur
4) Pendua
5) Bayang

Bila belajar fotografi ni, banyak sebenarnya jenis gambar yang boleh aku ambil...bukan sekadar selfie sahaja tau...







BBM3410Satu2019: Fotografi 3 (Potret & Swafoto)


Hai dan assalamualaikum geng... Untuk video kali ini kami perlu hasilkan sebuah video iaitu Potret dan Swafoto... Memandangkan ahli kumpulan aku seramai 11 orang, maka kami perlu ambil 11 gambar potret bagi setiap seorang manakala untuk gambar swafoto pula kami hanya perlu ambil 5 sahaja... Untuk menunjukkan kelainan bagi setiap gambar ni, haaa macam-macam lah yang kami buat? anda penasaran apa yang bakal kami tunjukkan? jom nonton video ini di channel Belalang Production...






BBM3410Satu2019: KELAS AMALI MINGGU KE-8

Assalamualaikum semua. Kelas amali pada hari ini aku dikehendaki membuka sebuah akaun facebook. Kemudian aku telah diberikan beberapa tugasan seperti:



1) Kisah menarik yang dilalui setiap hari





2) Mencipta pantun 4 kerat 



3) Membalas 5 post rakan-rakan dengan menggunakan pantun







4)Membuat ringkasan Strategi Komunikasi




Saturday, November 2, 2019

BBM3410Satu2019: FOTOGRAFI 6 (FLAT LAY INDIVIDU)


Assalamualaikum sahabat semua... aku nak berkongsi kisah menarik sepanjang cuti pertengahan semester yang lalu 😙


Pada cuti pertengahan semester yang lalu,aku telah diberikan tugasan  iaitu tugasan yang bertajuk 'Flat Lay Makanan'. Aku perlu mengambil gambar makanan sebanyak 11 jenis. Setiap gambar tersebut perlu ada 4 jenis flat lay yang terdiri daripada flat, half, quater dan zero 🤗. Kemudian semua gambar yang telah diambil perlu dibuat dalam satu video. Jenoh juga la nak ambil gambar 11 jenis makanan ni. Jangan ingat ambil gambar ini semudah yang kau sangka ye. Menangis jugaklah aku buat tugasan kali ini.  Nak tengok apa jenis makanan yang telah aku ambil? haaa tekan video di bawah. Jangan lupa like dan view banyak-banyak ye. 😊


BBM3410Satu2019: KALENDAR 2020

Assalamualaikum geng... Haaa untuk kelas amali yang terakhir ini aku diminta untuk menghasilkan kalendar 2020... Pada mulanya banyak juga y...