Assalamualaikum semua... kali ini aku nak share pada korang semua yang Prof Normaliza ada akaun Youtube sendri. akaun tersebut Prof telah kongsikan pengalaman Prof semasa berada di luar negara seperti di Korea, Jepun dan sebagainya... kalau korang nak tahu lebih lanjut lagi bolehlah subscribe channel Prof.
Showing posts with label Youtube. Show all posts
Showing posts with label Youtube. Show all posts
Saturday, December 14, 2019
Friday, December 13, 2019
BBM3410SATU2019: VLOG MAKANAN
Sunday, December 8, 2019
BBM3410SATU - VIDEO 15 (One Shot Three Layer - SAYA TAHU)
Assalamualaikum geng... Haa video kali ini kami diberikan tugasan untuk membuat video mengenai lagu berjudul Saya Tahu. Korang tahu tak yang lagu Saya Tahu ini merupakan lagu ciptaan Prof. Dr. Normaliza dan telah diterbitkan oleh pihak Universiti Putra Malaysia. Hebat tak Prof kami? Bukan calang-calang tau Prof kami sebab Prof kami ni serba boleh. okay sambung balik mengenai tugasan yang perlu kami lakukan, kami perlu merekod video ini di dua tempat yang berbeza. Lagi satu video yang kami hasilkan ini adalah video 1 shoot 3 layer. hahahaha aku yang miming lagu tu terpaksa tebalkan muka demi siapkan tugasan kali ini. orang yang lalu-lalang pun heran tengok apa yang kami buat. korang nak tahu tempat mana yang telah kami pilih untuk rekod video kali ini? jom lihat video di bawah.
BBM3410SATU - VIDEO 14 (TRAGEDI DAN SERAM)
Assalamualaikum semua...kali ini kami perlu menghasilkan sebuah video tragedi dan seram. pada mulanya kami teruja sangat sebab kena hasilkan video berkaitan seram dan tragedi... dalam masa yang sama kami juga perlu fikirkan kelainan pada video yang ingin kami hasilkan supaya apa yang kami hasilkan ini tidak sama dengan kumpulan yang lain... kalau korang nak tahu video ini seram atau tidak jom lihat video di bawah ini... 😙
BBM3410SATU - VIDEO 13 (SERBUK PENCUCI BAJU)
assalamualaikum semua... tugasan kali ini kami perlu menghasilkan satu produk iaitu 'Serbuk Pencuci Baju'. Jadinya kami perlu mencipta nama produk kami, menghasilkan 6 jenis produk serbuk pencuci baju yang berlainan dan mencipta ayat-ayat yang menarik supaya Prof tertarik nak beli kami punya serbuk pencuci baju... korang nak tengok macam mana hasil produk keluaran dari syarikat kami? Jom lihat video di bawah... 😍
BBM3410SATU - VIDEO 12 (VLOG TEMU BUAL PENSYARAH)
assalamualaikum kawan-kawan semua...haa video vlog yang lepas berkaitan konvo di UPM... jadinya untuk video vlog pada kali ini kami perlu menemu ramah seorang pensyarah dan seorang pelajar untuk bertanyakan tentang multimedia dalam pengajaran...nak tengok tak siapa pensyarah yang kami temu ramah tu? jom klik video di atas...jangan lupa like dan subscribe yea...
BBM3410SATU - VIDEO 11 (VIDEO FOKUS)
assalamualaikum semua... kali ini aku diberikan tugasan yang pada aku sangat menarik.. kami perlu hasilkan sebuah video fokus dan perlu membuat jalan cerita mengenai barang yang difokuskan itu...oleh itu, kumpulan kami telah memilih 'puzzle' sebagai fokus... baiklah aku nak cerita sedikit mengenai sinopsis bagi cerita yang telah kami buat. cerita ini mengisahkan 11 orang sahabat yang berkawan sejak di bangku sekolah lagi.. untuk memastikan persahabatan kami ini kekal, kami telah membuat 11 kepingan 'puzzle' dan setiap seorang daripada kami perlu menyimpan puzzle tersebut sampailah kami dewasa... kami telah berjanji untuk 10 tahun akan datang, kami akan berjumpa antara satu sama lain..namun pada hari kejadian salah seorang daripada kami tak dapat hadir...korang nak tahu sebab apa dan mengapa? jom tengok video ni...
Friday, December 6, 2019
BBM3410SATU - MINGGU 4 ASAS FOTOGRAFI
Tangan sebelah kiri mengelap peluh di muka model manakala tangan sebelah kanan mengipas model yang sedang kepanasan 😂 seharian aku bermandikan peluh disebabkan photoshoot ni 😁 Walaupun penat tapi sebenarnya menyeronokkan 😘 REDA itu pasti ..
BBM3410SATU - VIDEO 10 (VLOG KONVOKESYEN UPM 2019)
Assalamualaikum geng...Memandangkan musim konvo dah bermula kami telah diberikan tugasan untuk menghasilkan satu vlog... Vlog ini kami bukan sahaja perlu merakam masa hari konvo tetapi kami perlu menghasilkan sebuah penceritaan iaitu perjalanan hidup mahasiswa itu sehingga tiba hari graduasi. Korang nak tengok macam mana suasana hari konvi di UPM... Jom tengok vlog ini... Jangan lupa untuk like dan subscribe yea...
BBM3410SATU - VIDEO 9 (ONE SHOT 3 LAYER)
Assalamualaikum sahabat blog semua... Kali ini aku ingin berkongsi sebuah video yang telah kami hasilkan iaitu video 'One Shot 3 Layer'. Pada mulanya video ini kami hasilkan untuk dijadikan video 'One Shot 2 Layer' tetapi disebabkan dalam video ini langsir pula bergerak pada permulaan dah kena ubah balik. Nasib baik kami tak perlu buat yang baru. Fuhhh lega rasanya. Dalam video 'One Shot 3 Layer' perlu ada benda yang bergerak semula jadi. Sebagai contoh, masa rakam video ada kereta lalu, ada daun-daun berguguran, ada orang lalu lalang dan sebagainya. Video kami ini langsir je yang bergoyang sebabkan kena kipas angin. hahahahaha. Lupa pula nak bagi tahu yang kami telah memilih sebuah lagu yang berjudul 'Siti Bilang Cuti'. Korang nak tengok tak pelakon dan penyanyi gedik dalam video ini? Sila tekan video di atas 😚
Monday, November 11, 2019
BBM3410SATU: VIDEO 8 (ONE SHOT 2 LAYER)
Assalamualaikum semua... Tugasan kali ini kami dikehendaki menghasilkan sebuah video iaitu One Shot 2 Layer. Kami telah memilih lagu yang berjudul Suasana Hari Raya nyanyian Anuar Zain & Elena. Walaupun video ini sekadar lakonan sahaja tapi memang rasa macam raya betul. Kami memang try hard gila lah nak bagi nampak macam real suasana hari raya. Contohnya, kami sediakan kuih raya, anyam ketupat untuk buat hiasan, bawak kuali apa semua tu...hahahahaha...Nampak tak kami punya effort? Gigih betul demi menghasilkan sebuah video yang menarik Nak tahu video ini seronok atau tak? Jangan lupa klik pada video di atas.
BBM3410SATU: VIDEO 7 (ONE SHOT)
Assalamualaikum semua...Kali ini aku mahu berkongsi dengan sahabat semua berkaitan dengan video yang telah kami hasilkan. Kami telah diberikan tugasan untuk menghasilkan satu video iaitu 'One Shot'. Tugasan kali ini memerlukan aku dan kawan-kawanku yang lain untuk menari. Kami telah memilih lagu yang berjudul Pura-Pura Bujang. Mulanya aku macam tidak percaya kami semua perlu menari. Tapi demi tugasan kali ini kami sanggup buat apa sahaja. Aku bersama-sama dengan kawanku yang lain berasa bangga dengan apa yang telah kami lakukan. Sebabnya, kami berlatih menari ini tak sampai 24 jam. Lagi satu kami ni badan keras macam kayu. Pada mulanya memang agak susah kerana kami perlu hafal setiap pergerakan dan pergerakan yang dilakukan haruslah sama. Bagi penyanyi, dia perlu menghafal lirik lagu tersebut untuk memudahkan dia melakukan miming. Nak lihat bagaimana kami beraksi. Jomlah lihat video ini dan jangan lupa like dan subscribe sekali .
Tuesday, November 5, 2019
BBM3419Satu2019: Fotografi 5 (Flat Lay Kumpulan)
Hai sahabat blog semua... Aku telah diberikan tugasan untuk menghasilkan video Flat Lay... Antara jenis Flat Lay yang telah kami hasilkan adalah seperti berikut:
1) Flat lay barang
2) Flat lay manusia
3) Flat lay makanan
4) Flat lay minuman
5) Flat lay bebas
Jomlah like dan tambah view pada video kami...Subscribe sekali tanda korang support dengan kerja kami semua...
BBM3410Satu2019: Fotografi 4 (Simpulan Bahasa)
Assalamualaikum geng... untuk video kali ini, kami perlu hasilkan sebuah video iaitu 'Simpulan Bahasa'. kami perlu lakonkan bagi setiap simpulan bahasa yang telah kami pilih... bagi aku agak susah jugaklah nak berlakon bagi menunjukkan makna simpulan bahasa itu dan bagi orang faham apa yang kita cuba sampaikan... anda penasaran bagaimana kami hasilkan video simpulan bahasa ini? jom nonton video ini
BBM3410Satu2019: Fotografi 2
Assalamualaikum wahai sahabat blog semua... untuk video fotografi yang ke-2 ini kami perlu menghasilkan fotografi yang merangkumi:
1) Pemandangan
2) Silhouette
3) Kabur
4) Pendua
5) Bayang
Bila belajar fotografi ni, banyak sebenarnya jenis gambar yang boleh aku ambil...bukan sekadar selfie sahaja tau...
BBM3410Satu2019: Fotografi 3 (Potret & Swafoto)
Hai dan assalamualaikum geng... Untuk video kali ini kami perlu hasilkan sebuah video iaitu Potret dan Swafoto... Memandangkan ahli kumpulan aku seramai 11 orang, maka kami perlu ambil 11 gambar potret bagi setiap seorang manakala untuk gambar swafoto pula kami hanya perlu ambil 5 sahaja... Untuk menunjukkan kelainan bagi setiap gambar ni, haaa macam-macam lah yang kami buat? anda penasaran apa yang bakal kami tunjukkan? jom nonton video ini di channel Belalang Production...
Saturday, November 2, 2019
BBM3410Satu2019: FOTOGRAFI 6 (FLAT LAY INDIVIDU)
Assalamualaikum sahabat semua... aku nak berkongsi kisah menarik sepanjang cuti pertengahan semester yang lalu 😙
Pada cuti pertengahan semester yang lalu,aku telah diberikan tugasan iaitu tugasan yang bertajuk 'Flat Lay Makanan'. Aku perlu mengambil gambar makanan sebanyak 11 jenis. Setiap gambar tersebut perlu ada 4 jenis flat lay yang terdiri daripada flat, half, quater dan zero 🤗. Kemudian semua gambar yang telah diambil perlu dibuat dalam satu video. Jenoh juga la nak ambil gambar 11 jenis makanan ni. Jangan ingat ambil gambar ini semudah yang kau sangka ye. Menangis jugaklah aku buat tugasan kali ini. Nak tengok apa jenis makanan yang telah aku ambil? haaa tekan video di bawah. Jangan lupa like dan view banyak-banyak ye. 😊
Subscribe to:
Posts (Atom)
BBM3410Satu2019: KALENDAR 2020
Assalamualaikum geng... Haaa untuk kelas amali yang terakhir ini aku diminta untuk menghasilkan kalendar 2020... Pada mulanya banyak juga y...
-
Assalamualaikum semua. Aku nak perkenalkan Dr. Alia kepada korang semua ...Dr. Alia merupakan anak kepada Prof. Normaliza. Dia juga sa...
-
Assalamualaikum sahabat semua... aku nak berkongsi kisah menarik sepanjang cuti pertengahan semester yang lalu 😙 Pada cuti pertenga...
-
Assalamualaikum geng... Haa video kali ini kami diberikan tugasan untuk membuat video mengenai lagu berjudul Saya Tahu . Korang tahu tak ya...






