Friday, December 13, 2019

BBM3410Satu2019: Ketika dan Kalimat


Assalamualaikum semua sahabat sekalian. Memandangkan semester 7 ini bakal berlabuh tirai aku ingin berkongsi suka duka aku sepanjang semester ini. Memang tak dinafikan semester 7 ini bagi aku sungguh mencabar sekali walaupun jumlah kredit untuk semester ini hanya 14 sahaja tetapi kerja untuk setiap subjek tu ya ampun banyak bangat. Lagi satu kami pelajar tahun akhir ini terikat dengan Projek Ilmiah Tahun Akhir. Memang stress sangat-sangat sebab semua kerja nak kena buat. Bila buat kerja untuk subjek lain teringat pada PITA. Bila buat PITA teringat kerja subjek lain. hahaha. Kadang-kadang tu jadi buntu yang mana perlu selesaikan terlebih dahulu.

Baiklah aku nak berkongsi satu subjek yang menarik yang aku ambil untuk semester ini iaitu BBM3410 Multimedia Dalam Bahasa. Subjek ini telah diajar oleh Prof. Dr. Normaliza binti Abd Rahim. Subjek ini memang wajib kami ambil. Jadinya memang tak boleh drop ke apa. Nak tak nak kau kena ambil juga. Sebelum ambil subjek ini memang ada dengar dari junior-junior yang lepas bagi tahu kelas Prof ini kerja memang banyak gila. Ternyata memang betul..hahahaha.

Hari pertama kuliah telah terbukti kelas ini memang kerja banyak gila. Tapi Prof telah perkenalkan kepada kami semua iaitu konsep Redha. Kerja banyak ke apa kena Redha. Lagi satu Prof ni jenis yang pentingkan disiplin. Contohnya, kami wajib datang awal ke kelas, kasut wajib pakai yang bersarung dan kalau nak bentang video ahli kumpulan wajib semua hadir. Selain itu, kami juga ada kelas amali yang dikendalikan oleh Encik Akmal. Kelas amali ini best sebab kami perlu buat tugasan di media sosial seperti facebook, blog, twitter, instagram dan sebagainya. Jadinya tak adalah mengantuk dalam kelas. Encik Akmal pun baik dan rajin melayan kerenah kami yang macam-macam ini. Sabar jela yea Encik Akmal. 

Selain itu, kami telah diminta untuk menubuhkah sebuah kumpulan dan dari sinilah telah tertubuhnya Belalang Production yang dianggotai 11 orang ahli. Kursus ini menuntut aku untuk berlakon, menari dan sebagainya. Aku ni agak susah sikit bila nak kena berlakon menari sebab kayu.hahaha. tapi bila berlatih dan support dari kawa-kawan semua benda yang tak boleh tu jadi boleh. Sepanjang 14 minggu bekerjasama dalam Belalang Production macam-macam yang terjadi. Perselisihan faham itu tipulah kalau tak berlaku kan. Tapi alhamdulilah perkara tersebut tak berlanjutan sampai ke akhir. kalau tak puas hati ke apa ke kami cakap depan-depan untuk selesaikan masalah tersebut supaya semua kerja yang dilakukan akan menjadi mudah. lagi 1 bukan mudah nak bekerjasama apabila melibatkan ahli kumpulan yang ramai ini. Pening kepala dibuatnya. Yang seorang macam ini, yang seorang lagi macam tu. nasib baiklah kami ada ketua kumpulan yang bagi aku perform habislah menjaga kami semua sepanjang 14 minggu ini. Kursus ini juga telah mengajar aku sikap kerjasama dalam pasukan, sikap bertimbang rasa, tolak-ansur dan sebagainya. 

Sedih memang sedih sebab aku bakal menamatkan zaman degree aku di UPM. Selepas ini masing-masing dengan haluan sendiri. Jadinya, bila berkerjasama dengan team Belalang Production betul-betul menguatkan ikatan persahabatan kami bersama. Perkara ini memang tak dapat aku lupakan sampai bila-bila sebab aku tak pernah bekerjasama dalam sebuah kumpulan yang besar. Aku juga nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Prof Normaliza sebab menjadikan aku seorang yang Redha untuk semester ini. Prof ni sebenarnya tak adalah garang mana. Kelakar lagi adalah. Comel la Pof bila melawak tapi muka serius. Segala ilmu yang Prof dan Encik Akmal curahkan akan aku manfaatkan dalam kehidupan seharian. Terima kasih Prof terima kasih Encik Akmal. Segala salah dan silap harap dimaafkan. Doakan saya semoga cemerlang dunia dan akhirat... 





Team Belalang Production



Pelajar Becelor Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu)


Kelas Multimedia yang terakhir 


Prof. Dr. Normaliza binti Abd Rahim 


Team Belalang Production dan Encik Akmal

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2019: KALENDAR 2020

Assalamualaikum geng... Haaa untuk kelas amali yang terakhir ini aku diminta untuk menghasilkan kalendar 2020... Pada mulanya banyak juga y...