Hai sahabat blog semua... Tugasan di Instagram kali ini, aku perlu post gambar IBU dan gambar yang menunjukkan KEBERKATAN beserta caption menarik... kami juga perlu linkkan posting di IG terus ke Facebook dan Twitter
INSTAGRAM
1. IBU
Ini mak saya yang bernama Salmah binti Ishak 💕 mak nampak muda walaupun umur dah 50 tahun... Untunglah mak muda macam anak dara 😄 Jom ikuti perbualan ringkas aku dengan mak aku... Semalam punya cerita .
Aku: Assalamualaikum mak
Mak: Waalaikumsalam
Aku: Buat apa tu? Dah makan ke?
Mak: Dah makan dah.. Adik dah makan ke?
Aku: Dah mak. Adik makan keropok lekor. Tadi pergi pasar Jumaat kat Sri Serdang nun.
Mak: Allah... Kan mak dah pesan jangan makan keropok lekor. Nanti tercekik tulang lagi.
Aku: Alaaa mak.. Itu dulu... Sekarang ni okay dah... Tak ada tercekik tulang dah 😂
. *Al-kisahnya masa sem berapa ntah aku pernah tercekik tulang dek makan keropok lekor. Jenoh jugaklah nak tunggu tulang tu mereput. Rasanya seminggu jugaklah aku terpaksa menahan sakitnya tu. Sejak dari kes tu mak memang tak bagi aku makan keropok lekor 😂 @drnormaliza
2. KEBERKATAN
Aku suka bila Prof cerita tentang KEBERKATAN dalam kelas Isnin yang lepas... Prof kaitkan dengan pelajar yang selalu datang lambat ke kelas tup tup tup bila exam dia dapat A... BERKAT ke dengan apa yang dia dapat tu? Apa yang Prof cakap tu sememangnya betul... Kalau tak terkesan lagi dengan kata² Prof tu tak tahu laaa nak habaq lagu mana...Renung-renungkanlah... Tapi saya tak pernah datang lambat kelas Prof 🤗 @drnormaliza
FACEBOOK
TWITTER
No comments:
Post a Comment