Menurut Normaliza (2014) blog merupakan satu medium
perbincangan bertulis sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal. Blog ini
mempunyai beberapa fungsi. Antaranya blog ini boleh digunakan untuk kegunaan
peribadi sebagai jurnal, diari dan juga boleh digunakan untuk tujuan perniagaan
dalam mempromosikan dan mengiklankan produk.
Selain itu, blog juga merupakan rangkaian sosial
dan medium komunikasi untuk membolehkan pengguna blog berinteraksi dengan
dengan penulis blog yang lain.
Di samping itu, blog juga boleh dikongsi dengan
yang lain seperti dengan cara meninggalkan komen untuk dibaca oleh
membaca dan membolehkan mereka menulis berkaitan pos. Blog mempunyai beberapa
ciri utama. Yang pertama ialah mengandungi pautan ke area lain dalam web. Kedua
, mempunyai komen pada pautan dan akhir sekali mempunyai interaktif serta
saling berkait.
Terdapat 10 cara menulis blog dengan baik (Normaliza Abd Rahim,
2014).Antaranya ialah tajuk yang menarik yang dapat
menarik perhatian pembaca. Seseorang penulis itu haruslah memikirkan
tajuk-tajuk yang menarik atau lain daripada yang lain supaya dapat menarik
perhatian pembaca.
Selain itu, etika penulisan blog ialah memilih cerita yang menarik yang
dapat menarik hati pembaca. Penulis haruslah memastikan cerita yang dimuat naik
di blog menarik sama ada cerita tersebut sedih, gembira atau
kelakar. Oleh itu, penulis haruslah memilih gaya bahasa yang dapat menimbulkan
elemen sedih, gembira dan sebagainya untuk menarik minat pembaca.
Di samping itu, memasukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk
membuatkannya lebih menarik. Humor dan jenaka dalam penulisan blog adalah
penting bagi mengelakkan pembaca daripada bosan. Oleh itu penulis haruslah
memasukkan ayat humor yang bersesuaian dengan tajuk cerita dan ayat humor tersebut
tidak menyentuk sensitiviti mana-mana kaum.
Seterusnya, memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan sesuatu
penulisan. Hujah yang mantap mampu membuatkan sesuatu penulisan itu kelihatan
lebih menarik. Hujah yang diberikan haruslah disokong dengan bukti-bukti yang
berkaitan bagi memastikan hujah yang diberikan adalah benar.
Selain itu, etika penulisan blog adalah mengaitkan penulisan dengan
berita terkini. Penulisan blog yang mengaitkan dengan berita terkini secara
tidak langsung memberikan pengetahuan atau input kepada pembaca mengenai
isu-isu semasa sama ada berita tersebut dari dalam negara atau luar negara.
Etika penulisan blog yang seterusnya adalah dengan menggunakan perkataan
dan struktur ayat yang ringkas. Penggunaan perkataan dan struktur ayat yang
ringkas dalam penulisan blog memberi kefahaman kepada pembaca mengenai cerita
yang ingin disampaikan. Sekiranya penulisan blog tersebut menggunakan perkatan
dan struktur ayat yang panjang akan menyukarkan pembaca untuk memahami sesuatu penulisan
itu.
Dapat dibaca dan difahami merupakan salah satu etika dalam penulisan
blog. Penulis haruslah memastikan cerita yang ingin disampaikan dapat dibaca
dan difahami oleh pembaca. Sekiranya sesuatu penulisan itu sukar untuk dibaca
atau difahami ia akan menimbulkan rasa kurang senang kepada pembaca.
Oleh itu, penulisan haruslah berhati-hati dalam membuat penulisan blog.
Etika dalam penulisan blog adalah dapat berkomunikasi dengan pembaca.
Apabila penulisan blog itu dapat menarik perhatian pembaca secara
tidak langsung pembaca boleh berkomunikasi terhadap sesuatu penulisan tersebut.
Gaya penulisan yang sampai ke hati pembaca mendorong pembaca berkomunikasi
dengan penulisan tersebut.
Selain itu, memasukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan blog.
Sesuatu penulisan yang baik adalah dengan memasukkan moral dan nilai estetika.
Hal ini bertujuan setiap cerita yang ditulis mempunyai pengajarannya dan boleh
diteladani oleh semua pembaca yang membaca penulisan tersebut. Secara tidak
langsung sesuatu penulisan itu dapat memberikan kesedaran kepada pembaca.
Akhir sekali, etika penulisan blog mestilah berilmu untuk penulisan
pendidikan. Penulisan blog haruslah mempunyai elemen keilmuan supaya penulisan
ini bermanfaat untuk penulisan pendidikan. Penulisan blog ini juga boleh
dijadikan rujukan dan panduan dalam pendidikan. Oleh itu, penulis haruslah
memastikan penulisan blog itu memberi kebaikan dan manfaat kepada pembaca.
No comments:
Post a Comment