Monday, September 30, 2019

BBM3410Satu2019: SUATU KETIKA

Assalamualaikum semua....

Alhamdulilah aku bersyukur kerana masih mempunyai kedua ibu bapa dan adik-beradik aku yang lain. Ayahku bernama Mior Zainul bin Lan manakala ibuku bernama Salmah binti Ishak. Aku mempunyai lima orang adik-beradik. Aku merupakan anak nombor dua daripada lima orang adik-beradik. Aku mempunyai seorang kakak dan tiga orang adik lelaki. Nama kakakku yang sulung ialah Ainul Nabila Afiqah. Manakala nama adik lelakiku yang ketiga ialah Mior Lokman Hakim diikuti adik aku yang keempat  bernama Mior Iqbal Haikal Hakimi. Ramai yang mempersoalkan nama adik aku yang keempat ini kerana nama dia terlalu panjang. Aku pun pelik kenapa mak dan abahku bagi nama pada dia panjang sangat. hahahaha Nama adikku yang bongsu pula ialah Mior Fitri Firdaus.

Kami sekeluarga berasal dari Perak. Ayahku berasal dari Teluk Intan manakala ibuku berasal dari Kuala Kangsar. Ayahku berumur 55 tahun manakala ibuku berumur 50 tahun. Ayahku merupakan pesara kerajaan. Ayahku pernah bekerja sebagai Pembantu Am Rendah di JPS Kampung Gajah. Ibuku pula tidak bekerja dan hanya menjadi suri rumah tangga. Kakakku pula berumur 25 tahun. Dia bekerja di rumah sahaja dengan membuat dan menjual pelbagai aneka kek. Adik-adik aku pula masih bersekolah lagi. Dalam keluarga pasti akan ada kisah pahit manis yang akan semua orang rasai. Rasa yang sebeginilah yang mengeratkan lagi ikatan  sesebuat kekeluargaan itu. Oleh itu, hargai keluarga anda selagi mereka masih ada. Jangan sesekali putuskan ikatan kekelurgaan disebabkan hal-hal yang remeh kerana keluarga tidak ada tukar ganti. Akhir kata aku sayang sangat keluarga aku. 





BBM3410Satu2019: TIP BELAJAR DENGAN MUDAH




Untuk berjaya tidak ada jalan yang mudah melainkan usaha yang bersungguh-sungguh. Semoga  tip ini berguna dan bermanfaat kepada semua orang ....

Monday, September 23, 2019

BBM3410Satu2019: Masih Di Sini

Assalamualaikum semua... Minggu ketiga kelas amali aku diberikan tugasan untuk menceritakan pengalaman terbaik yang pernah aku lalui sepanjang aku hidup. 

Setiap orang pasti mempunyai pengalaman yang tak dapat dilupakan sepanjang hidup dia. Tak kisahlah pengalaman tersebut manis atau sedih tetapi pengalaman itu benar-benar meninggalkan kesan terhadap diri sendiri. Aku nak berkongsi sedikit mengenai pengalaman yang tak dapat aku lupakan. 

Pengalaman yang tak dapat aku lupakan ialah sewaktu aku menjalani Latihan Industri (LI). Aku telah menjalani Latihan Industri selama tujuh minggu di Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak. Pada 24 Jun 2019 aku telah melapor diri tepat jam 8.00 pagi. Aku bersyukur sangat sebab masa aku LI hari itu, bukan aku seorang sahaja yang menjalani latihan industri di PDD. 

Aku mempunyai seorang kawan yang menjalani LI di tempat tersebut. Yang kelakarnya orang yang aku maksudkan itu kawan karib aku sendiri. Kadang-kadang aku pelik juga sebab semua benda mesti aku dengan dia. Contohnya, kami ni dahla satu kampung, satu sekolah rendah, satu sekolah menengah tapi tingkatan enam sahaja kami berlainan sekolah. Tup Tup kami jumpa di universti. Kami ambil kos yang sama, satu kolej, dan satu bilik juga. hahaha

Berbalik semula kepada cerita pengalaman tadi. Selepas sesi melapor diri aku dibawa berjumpa dengan Ketua Pegawai PPD dan Timbalan Ketua PPD. Masa ni aku rasa gemuruh dan takut bila berjumpa dengan orang atasan. Maklumlah baru pertama kali berjumpa dengan orang-orang atasan ni secara bersemuka. Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar semasa sesi perkenalan dengan orang atasan PPD.

Kemudian aku dibawa ke Unit Pengurusan Akademik. Di unit inilah tempat yang akan aku duduki selama tujuh minggu. Semasa di PPD aku telah diletakkan di bawah seliaan Tuan Haji Ahmad Faisal bin Zakaria. Beliau merupakan Ketua Unit di Unit Pengurusan Akademik yang menjawat jawatan sebagai Penolong PPD (Bahasa). Beliau seorang yang tegas dan berdedikasi sewaktu melaksanakan kerja. 

Aku masih teringat lagi sewaktu sesi perkenalan dengan beliau. Beliau bertanyakan soalan kepadaku yang berbunyi begini ' Awak tinggal mana?'. Kemudian aku balas 'saya tinggal dekat  Sungai Manik'. Beliau kemudiannya menegur aku yang salah menggunakan perkataan kata sendi nama. Sepatutnya 'di' bukan 'dekat'. Mungkin aku sudah terbiasa menjawab seperti itu apabila orang bertanyakan soalan seperti itu juga. Sejak dari kejadian tersebut aku mula membiasakan diri aku bercakap menggunakan bahasa Melayu baku dan memastikan tatabahasa aku betul. Hal ini demikian kerana beliau amat menitikberatkan penggunaan bahasa Melayu serta tatabahasa yang betul. 

Aku bersyukur sepanjang menjalani LI di sana aku tidak mempunyai masalah salah laku. Biasalah aku ini baik orangnya (puji diri sendiri). Aku juga bersyukur pegawai-pegawai di Unit Pengurusan Akademik mesra orangnya. Paling aku rindu dengan lawak En.Naza. En.Naza ni boleh dikatakan penyeri di Unit Pengurusan Akademik. Setiap hari ada je celoteh En.Naza ni yang buatkan aku gelak sampai sakit perut. Yang paling seronok En.Naza ni bila bercakap keluarlah loghat Peraknya. Memandangkan aku ni orang Perak juga, jadinya aku menyembang dengan En.Naza guna loghat Perak. Kalaulah En.Naza tak ada sehari senyap sunyi la Unit Akademik tu.


Sepanjang berada di sana, aku juga pergi membantu di unit-unit lain seperti Unit Pentadbiran dan Unit Perkhidmatan. Di sana aku menimba pelbagai ilmu yang baru. Dari tak tahu menjadi tahu mengenai sesuatu perkara tersebut. Aku juga menyertai pelbagai aktiviti di sana sperti terlibat dengan program-program yang berkaitan bahasa, menjadi pemantau dalam sesuatu program dan lain-lain lagi. Penat memanglah penat tapi pengalaman satu-satu pengalaman yang bermakna bagi diri aku. Eh rasa panjang berjela pula aku bercerita ni. Saja jea aku cerita panjang-panjang dengan harapan tak ada orang baca cerita aku ni. Okaylah aku berhenti sampai sini sahaja. 






Sunday, September 22, 2019

BBM3410Satu2019: Nenek dan Datuk



Cerita ini mengisahkan Alim dan keluarganya pulang ke kampung. Alim tidak sabar pulang ke kampung kerana ingin bermain dengan ayam dan itik. Setelah sampai di kampung, Alim terus mencari ayam dan itik namun ayam dan itik tersebut tidak ada. Alim berasa sangat sedih. Nenek dan datuk memberitahu Alim, ayam dan itik tersebut masih hidup dan tinggal di reban baharu. Alim kemudiannya menangis lagi kerana menyangka rumah atuk dan neneknya telah tiada. Nenek memujuk Alim sambil berjalan sekeliling rumah.

Rujukan: Normaliza Abd Rahim. 2019. Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.  
          Terengganu. Universiti Malaysia Terengganu.


Jenis Multimedia
Antara jenis  multimedia yang boleh digunakan bagi tujuan penyebaran cerita sosial tersebut adalah melalui Youtube. Melalui Youtube cerita sosial ini lebih mudah untuk difahami kerana cerita ini berbentuk video yang gambarnya boleh bergerak. selain itu, dalam video tersebut boleh diselitkan dengan lagu-lagu yang bersesuaian dengan tajuk cerita atau situasi cerita tersebut. Sebagai contoh, cerita sosial 'Nenek dan Datuk' ini lebih kepada cerita kanak-kanak. Oleh itu, lagu yang ceria bersesuaian dengan cerita ini.  Hal ini dapat menarik minat orang lain untuk menonton cerita tersebut.


Selain itu, jenis multimedia yang boleh digunakan untuk tujuan penyebaran cerita sosial ini adalah melalui Facebook. Melalui facebook cerita sosial ini boleh disampaikan melalui penulisan atau video yang dapat menarik perhatian khalayak.

BBM3410Satu2019: Etika Penulisan Blog.Tugas Individu.

Menurut Normaliza Abd Rahim (2014) dalam Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019) terdapat 10 etika penulisan blog. Antaranya ialah tajuk yang menarik yang dapat menarik perhatian pembaca. Seseorang penulis itu haruslah memikirkan tajuk-tajuk yang menarik atau lain daripada yang lain supaya dapat menarik perhatian pembaca.

Selain itu, etika penulisan blog ialah memilih cerita yang menarik yang dapat menarik hati pembaca. Penulis haruslah memastikan cerita yang dimuat naik di blog menarik sama ada cerita tersebut  sedih, gembira atau kelakar. Oleh itu, penulis haruslah memilih gaya bahasa yang dapat menimbulkan elemen sedih, gembira dan sebagainya untuk menarik minat pembaca.

Di samping itu, memasukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik. Humor dan jenaka dalam penulisan blog adalah penting bagi mengelakkan pembaca daripada bosan. Oleh itu penulis haruslah memasukkan ayat humor yang bersesuaian dengan tajuk cerita dan ayat humor tersebut tidak menyentuk sensitiviti mana-mana kaum.

Seterusnya, memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan sesuatu penulisan. Hujah yang mantap mampu membuatkan sesuatu penulisan itu kelihatan lebih menarik. Hujah yang diberikan haruslah disokong dengan bukti-bukti yang berkaitan bagi memastikan hujah yang diberikan adalah benar.

Selain itu, etika penulisan blog adalah mengaitkan penulisan dengan berita terkini. Penulisan blog yang mengaitkan dengan berita terkini secara tidak langsung memberikan pengetahuan atau input kepada pembaca mengenai isu-isu semasa sama ada berita tersebut dari dalam negara atau luar negara.

Etika penulisan blog yang seterusnya adalah dengan menggunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas. Penggunaan perkataan dan struktur ayat yang ringkas dalam penulisan blog memberi kefahaman kepada pembaca mengenai cerita yang ingin disampaikan. Sekiranya penulisan blog tersebut menggunakan perkatan dan struktur ayat yang panjang akan menyukarkan pembaca untuk memahami sesuatu penulisan itu.

Dapat dibaca dan difahami merupakan salah satu etika dalam penulisan blog. Penulis haruslah memastikan cerita yang ingin disampaikan dapat dibaca dan difahami oleh pembaca. Sekiranya sesuatu penulisan itu sukar untuk dibaca atau difahami ia akan menimbulkan rasa kurang senang  kepada pembaca. Oleh itu, penulisan haruslah berhati-hati dalam membuat penulisan blog.

Etika dalam penulisan blog adalah dapat berkomunikasi dengan pembaca. Apabila penulisan blog itu dapat menarik perhatian pembaca  secara tidak langsung pembaca boleh berkomunikasi terhadap sesuatu penulisan tersebut. Gaya penulisan yang sampai ke hati pembaca mendorong pembaca berkomunikasi dengan penulisan tersebut.

Selain itu, memasukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan blog. Sesuatu penulisan yang baik adalah dengan memasukkan moral dan nilai estetika. Hal ini bertujuan setiap cerita yang ditulis mempunyai pengajarannya dan boleh diteladani oleh semua pembaca yang membaca penulisan tersebut. Secara tidak langsung sesuatu penulisan itu dapat memberikan kesedaran kepada pembaca.

Akhir sekali, etika penulisan blog mestilah berilmu untuk penulisan pendidikan. Penulisan blog haruslah mempunyai elemen keilmuan supaya penulisan ini bermanfaat untuk penulisan pendidikan. Penulisan blog ini juga boleh dijadikan rujukan dan panduan dalam pendidikan. Oleh itu, penulis haruslah memastikan penulisan blog itu memberi kebaikan dan manfaat kepada pembaca.

Monday, September 16, 2019

BBM3410Satu2019: SAYA FAHAM

LAGU & LIRIK: PROFESOR DR. NORMALIZA ABD RAHIM
HAK CIPTA: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA












Saya kata "Apa khabar'
Dia jawab " Khabar baik"
Ucapan untuk dia
Ucapan untuk saya

Selamat pagi, tengah hari, petang, malam
Untuk dia
Untuk saya

Terima kasih
Sama-sama
Untuk dia
Untuk saya

Terima kasih
Sama-sama
Untuk kita
Untuk mereka

BBM3410Satu2019: DIRI

Assalamualaikum pembuka bicara...

Nama diberi Ainul Najiha Solehah binti Mior Zainul Rin. Aku berasal dari Teluk Intan, Perak. Aku merupakan anak nombor dua daripada lima orang adik-beradik. Aku mempunyai seorang kakak dan tiga orang adik lelaki. Ayahku merupakan seorang pesara kerajaan manakala ibuku merupakan suri rumah tangga. Memandangkan aku ni asal orang Perak, sah-sahla aku boleh bercakap dalam loghat Perak. Semua keluarga aku bertutur hari-hari dalam loghat Perak. Apabila dengan kawan-kawan aku sering kali terlepas cakap dalam dialek Perak. Kadang-kadang tu kawan-kawan aku tak berapa nak faham sesuatu perkataan yang aku cakap dalam dialek Perak. Kelakar pun ada...hahahahahahaha


Aku merupakan mahasiswa di Universiti Putra Malaysia. Alhamdulilah syukur ke hadrat Allah SWT, aku sudah tiga tahun bergelar mahasiswa di UPM. Tahun ini merupakan tahun terahir aku belajar di sini. Aku berdoa semoga apa yang aku hajatkan akan tercapai dengan izin Allah SWT. Di universti, aku telah mengambil bidang Bahasa dan Linguistik Melayu sebagai major manakala untuk minor pula aku telah mengambil Penterjemahan dan Intepretasi. sepanjang 3 tahun aku belajar di universiti aku mempunyai tiga orang sahabat karib. Mereka mengambil bidang yang sama dengan aku. Yang paling kelakar mereka juga merupakan rakan sebilik aku. Apa-apa perkara yang kami buat pasti akan berempat sampaikan orang sekeliling akan perasan jika ada di antara kami tiada.Kami berempat ni dah macam adik-beradik. Sahabat yang nak aku cerita ini bernama Atikah, Aten dan Qiu.


Baiklah aku nak cerita sikit pasal kawan-kawan aku ini. Kawan aku yang pertama bernama Nor Atikah binti Rahmat. Aku panggil dia Tikah jea. Dia berasal dari Perak juga sama seperti aku. Kami ni satu kampung tau. Kami pernah satu sekolah rendah dan sekolah menengah sama-sama. Pada ketika itu kami kenal antara sat sama lain tapi tak begitu rapat.


Pertama kali aku melangkah ke UPM aku terkejut dan tak sangka dia dapat satu universiti dengan aku. Dari situ kami mula berkawan dan rapat sehingga sekarang. Atikah ni cantik orangya. Siapa yang belum mengenali dia pasti akan kata dia sombong. Sebenarnya, dia ni tak sombong pun. Muka nampak macam sombong tapi hati baik tau. Okay yang lagi kawan aku dua orang tu, nanti aku sambung yea....




BBM3410Satu2019: KALENDAR 2020

Assalamualaikum geng... Haaa untuk kelas amali yang terakhir ini aku diminta untuk menghasilkan kalendar 2020... Pada mulanya banyak juga y...