Sunday, September 22, 2019

BBM3410Satu2019: Etika Penulisan Blog.Tugas Individu.

Menurut Normaliza Abd Rahim (2014) dalam Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019) terdapat 10 etika penulisan blog. Antaranya ialah tajuk yang menarik yang dapat menarik perhatian pembaca. Seseorang penulis itu haruslah memikirkan tajuk-tajuk yang menarik atau lain daripada yang lain supaya dapat menarik perhatian pembaca.

Selain itu, etika penulisan blog ialah memilih cerita yang menarik yang dapat menarik hati pembaca. Penulis haruslah memastikan cerita yang dimuat naik di blog menarik sama ada cerita tersebut  sedih, gembira atau kelakar. Oleh itu, penulis haruslah memilih gaya bahasa yang dapat menimbulkan elemen sedih, gembira dan sebagainya untuk menarik minat pembaca.

Di samping itu, memasukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik. Humor dan jenaka dalam penulisan blog adalah penting bagi mengelakkan pembaca daripada bosan. Oleh itu penulis haruslah memasukkan ayat humor yang bersesuaian dengan tajuk cerita dan ayat humor tersebut tidak menyentuk sensitiviti mana-mana kaum.

Seterusnya, memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan sesuatu penulisan. Hujah yang mantap mampu membuatkan sesuatu penulisan itu kelihatan lebih menarik. Hujah yang diberikan haruslah disokong dengan bukti-bukti yang berkaitan bagi memastikan hujah yang diberikan adalah benar.

Selain itu, etika penulisan blog adalah mengaitkan penulisan dengan berita terkini. Penulisan blog yang mengaitkan dengan berita terkini secara tidak langsung memberikan pengetahuan atau input kepada pembaca mengenai isu-isu semasa sama ada berita tersebut dari dalam negara atau luar negara.

Etika penulisan blog yang seterusnya adalah dengan menggunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas. Penggunaan perkataan dan struktur ayat yang ringkas dalam penulisan blog memberi kefahaman kepada pembaca mengenai cerita yang ingin disampaikan. Sekiranya penulisan blog tersebut menggunakan perkatan dan struktur ayat yang panjang akan menyukarkan pembaca untuk memahami sesuatu penulisan itu.

Dapat dibaca dan difahami merupakan salah satu etika dalam penulisan blog. Penulis haruslah memastikan cerita yang ingin disampaikan dapat dibaca dan difahami oleh pembaca. Sekiranya sesuatu penulisan itu sukar untuk dibaca atau difahami ia akan menimbulkan rasa kurang senang  kepada pembaca. Oleh itu, penulisan haruslah berhati-hati dalam membuat penulisan blog.

Etika dalam penulisan blog adalah dapat berkomunikasi dengan pembaca. Apabila penulisan blog itu dapat menarik perhatian pembaca  secara tidak langsung pembaca boleh berkomunikasi terhadap sesuatu penulisan tersebut. Gaya penulisan yang sampai ke hati pembaca mendorong pembaca berkomunikasi dengan penulisan tersebut.

Selain itu, memasukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan blog. Sesuatu penulisan yang baik adalah dengan memasukkan moral dan nilai estetika. Hal ini bertujuan setiap cerita yang ditulis mempunyai pengajarannya dan boleh diteladani oleh semua pembaca yang membaca penulisan tersebut. Secara tidak langsung sesuatu penulisan itu dapat memberikan kesedaran kepada pembaca.

Akhir sekali, etika penulisan blog mestilah berilmu untuk penulisan pendidikan. Penulisan blog haruslah mempunyai elemen keilmuan supaya penulisan ini bermanfaat untuk penulisan pendidikan. Penulisan blog ini juga boleh dijadikan rujukan dan panduan dalam pendidikan. Oleh itu, penulis haruslah memastikan penulisan blog itu memberi kebaikan dan manfaat kepada pembaca.

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2019: KALENDAR 2020

Assalamualaikum geng... Haaa untuk kelas amali yang terakhir ini aku diminta untuk menghasilkan kalendar 2020... Pada mulanya banyak juga y...