Monday, September 23, 2019

BBM3410Satu2019: Masih Di Sini

Assalamualaikum semua... Minggu ketiga kelas amali aku diberikan tugasan untuk menceritakan pengalaman terbaik yang pernah aku lalui sepanjang aku hidup. 

Setiap orang pasti mempunyai pengalaman yang tak dapat dilupakan sepanjang hidup dia. Tak kisahlah pengalaman tersebut manis atau sedih tetapi pengalaman itu benar-benar meninggalkan kesan terhadap diri sendiri. Aku nak berkongsi sedikit mengenai pengalaman yang tak dapat aku lupakan. 

Pengalaman yang tak dapat aku lupakan ialah sewaktu aku menjalani Latihan Industri (LI). Aku telah menjalani Latihan Industri selama tujuh minggu di Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak. Pada 24 Jun 2019 aku telah melapor diri tepat jam 8.00 pagi. Aku bersyukur sangat sebab masa aku LI hari itu, bukan aku seorang sahaja yang menjalani latihan industri di PDD. 

Aku mempunyai seorang kawan yang menjalani LI di tempat tersebut. Yang kelakarnya orang yang aku maksudkan itu kawan karib aku sendiri. Kadang-kadang aku pelik juga sebab semua benda mesti aku dengan dia. Contohnya, kami ni dahla satu kampung, satu sekolah rendah, satu sekolah menengah tapi tingkatan enam sahaja kami berlainan sekolah. Tup Tup kami jumpa di universti. Kami ambil kos yang sama, satu kolej, dan satu bilik juga. hahaha

Berbalik semula kepada cerita pengalaman tadi. Selepas sesi melapor diri aku dibawa berjumpa dengan Ketua Pegawai PPD dan Timbalan Ketua PPD. Masa ni aku rasa gemuruh dan takut bila berjumpa dengan orang atasan. Maklumlah baru pertama kali berjumpa dengan orang-orang atasan ni secara bersemuka. Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar semasa sesi perkenalan dengan orang atasan PPD.

Kemudian aku dibawa ke Unit Pengurusan Akademik. Di unit inilah tempat yang akan aku duduki selama tujuh minggu. Semasa di PPD aku telah diletakkan di bawah seliaan Tuan Haji Ahmad Faisal bin Zakaria. Beliau merupakan Ketua Unit di Unit Pengurusan Akademik yang menjawat jawatan sebagai Penolong PPD (Bahasa). Beliau seorang yang tegas dan berdedikasi sewaktu melaksanakan kerja. 

Aku masih teringat lagi sewaktu sesi perkenalan dengan beliau. Beliau bertanyakan soalan kepadaku yang berbunyi begini ' Awak tinggal mana?'. Kemudian aku balas 'saya tinggal dekat  Sungai Manik'. Beliau kemudiannya menegur aku yang salah menggunakan perkataan kata sendi nama. Sepatutnya 'di' bukan 'dekat'. Mungkin aku sudah terbiasa menjawab seperti itu apabila orang bertanyakan soalan seperti itu juga. Sejak dari kejadian tersebut aku mula membiasakan diri aku bercakap menggunakan bahasa Melayu baku dan memastikan tatabahasa aku betul. Hal ini demikian kerana beliau amat menitikberatkan penggunaan bahasa Melayu serta tatabahasa yang betul. 

Aku bersyukur sepanjang menjalani LI di sana aku tidak mempunyai masalah salah laku. Biasalah aku ini baik orangnya (puji diri sendiri). Aku juga bersyukur pegawai-pegawai di Unit Pengurusan Akademik mesra orangnya. Paling aku rindu dengan lawak En.Naza. En.Naza ni boleh dikatakan penyeri di Unit Pengurusan Akademik. Setiap hari ada je celoteh En.Naza ni yang buatkan aku gelak sampai sakit perut. Yang paling seronok En.Naza ni bila bercakap keluarlah loghat Peraknya. Memandangkan aku ni orang Perak juga, jadinya aku menyembang dengan En.Naza guna loghat Perak. Kalaulah En.Naza tak ada sehari senyap sunyi la Unit Akademik tu.


Sepanjang berada di sana, aku juga pergi membantu di unit-unit lain seperti Unit Pentadbiran dan Unit Perkhidmatan. Di sana aku menimba pelbagai ilmu yang baru. Dari tak tahu menjadi tahu mengenai sesuatu perkara tersebut. Aku juga menyertai pelbagai aktiviti di sana sperti terlibat dengan program-program yang berkaitan bahasa, menjadi pemantau dalam sesuatu program dan lain-lain lagi. Penat memanglah penat tapi pengalaman satu-satu pengalaman yang bermakna bagi diri aku. Eh rasa panjang berjela pula aku bercerita ni. Saja jea aku cerita panjang-panjang dengan harapan tak ada orang baca cerita aku ni. Okaylah aku berhenti sampai sini sahaja. 






No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2019: KALENDAR 2020

Assalamualaikum geng... Haaa untuk kelas amali yang terakhir ini aku diminta untuk menghasilkan kalendar 2020... Pada mulanya banyak juga y...