Saturday, October 19, 2019

BBM3410Satu2019: Instagram Minggu 6


Walaupun saya tak berjaya tawan hati awak, sekurang-kurangnya saya berjaya tawan Gunung Datuk 🌋 Bukan biasa-biasa tau 😂



Tak ada yang muncul setelah kegelapan selain cahaya, tak ada yang muncul setelah kesedihan selain kebahagiaan 💕




P/S: Hilang idea sebentar apabila memikirkan hashtag yang kelakar... Sedaya-upaya nak bagi Prof Normaliza ketawa dengan ayat hashtag aku yang kelakar... Saya rasa hashtag saya biasa-biasa sahaja...Tak kelakar mana pun... Harap Prof ketik like pada gambar saya.










Ini bukti Prof dan anak Prof like gambar saya

Monday, October 7, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Bab 6 Blog Di Dalam Kelas Bahasa


Menurut Normaliza (2014) blog merupakan satu medium perbincangan bertulis sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal. Blog ini mempunyai beberapa fungsi. Antaranya blog ini boleh digunakan untuk kegunaan peribadi sebagai jurnal, diari dan juga boleh digunakan untuk tujuan perniagaan dalam mempromosikan dan mengiklankan produk. 

Selain itu, blog juga merupakan rangkaian sosial dan medium komunikasi untuk membolehkan pengguna blog berinteraksi dengan dengan penulis blog yang lain. 

Di samping itu, blog juga boleh dikongsi dengan yang lain seperti  dengan cara meninggalkan komen untuk dibaca oleh membaca dan membolehkan mereka menulis berkaitan pos. Blog mempunyai beberapa ciri utama. Yang pertama ialah mengandungi pautan ke area lain dalam web. Kedua , mempunyai komen pada pautan dan akhir sekali mempunyai interaktif serta saling berkait.

Terdapat 10 cara menulis blog dengan baik (Normaliza Abd Rahim, 2014).Antaranya ialah tajuk yang menarik yang dapat menarik perhatian pembaca. Seseorang penulis itu haruslah memikirkan tajuk-tajuk yang menarik atau lain daripada yang lain supaya dapat menarik perhatian pembaca.

Selain itu, etika penulisan blog ialah memilih cerita yang menarik yang dapat menarik hati pembaca. Penulis haruslah memastikan cerita yang dimuat naik di blog menarik sama ada cerita tersebut  sedih, gembira atau kelakar. Oleh itu, penulis haruslah memilih gaya bahasa yang dapat menimbulkan elemen sedih, gembira dan sebagainya untuk menarik minat pembaca.

Di samping itu, memasukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik. Humor dan jenaka dalam penulisan blog adalah penting bagi mengelakkan pembaca daripada bosan. Oleh itu penulis haruslah memasukkan ayat humor yang bersesuaian dengan tajuk cerita dan ayat humor tersebut tidak menyentuk sensitiviti mana-mana kaum.

Seterusnya, memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan sesuatu penulisan. Hujah yang mantap mampu membuatkan sesuatu penulisan itu kelihatan lebih menarik. Hujah yang diberikan haruslah disokong dengan bukti-bukti yang berkaitan bagi memastikan hujah yang diberikan adalah benar.

Selain itu, etika penulisan blog adalah mengaitkan penulisan dengan berita terkini. Penulisan blog yang mengaitkan dengan berita terkini secara tidak langsung memberikan pengetahuan atau input kepada pembaca mengenai isu-isu semasa sama ada berita tersebut dari dalam negara atau luar negara.

Etika penulisan blog yang seterusnya adalah dengan menggunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas. Penggunaan perkataan dan struktur ayat yang ringkas dalam penulisan blog memberi kefahaman kepada pembaca mengenai cerita yang ingin disampaikan. Sekiranya penulisan blog tersebut menggunakan perkatan dan struktur ayat yang panjang akan menyukarkan pembaca untuk memahami sesuatu penulisan itu.

Dapat dibaca dan difahami merupakan salah satu etika dalam penulisan blog. Penulis haruslah memastikan cerita yang ingin disampaikan dapat dibaca dan difahami oleh pembaca. Sekiranya sesuatu penulisan itu sukar untuk dibaca atau difahami ia akan menimbulkan rasa kurang senang  kepada pembaca. Oleh itu, penulisan haruslah berhati-hati dalam membuat penulisan blog.

Etika dalam penulisan blog adalah dapat berkomunikasi dengan pembaca. Apabila penulisan blog itu dapat menarik perhatian pembaca  secara tidak langsung pembaca boleh berkomunikasi terhadap sesuatu penulisan tersebut. Gaya penulisan yang sampai ke hati pembaca mendorong pembaca berkomunikasi dengan penulisan tersebut.

Selain itu, memasukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan blog. Sesuatu penulisan yang baik adalah dengan memasukkan moral dan nilai estetika. Hal ini bertujuan setiap cerita yang ditulis mempunyai pengajarannya dan boleh diteladani oleh semua pembaca yang membaca penulisan tersebut. Secara tidak langsung sesuatu penulisan itu dapat memberikan kesedaran kepada pembaca.

Akhir sekali, etika penulisan blog mestilah berilmu untuk penulisan pendidikan. Penulisan blog haruslah mempunyai elemen keilmuan supaya penulisan ini bermanfaat untuk penulisan pendidikan. Penulisan blog ini juga boleh dijadikan rujukan dan panduan dalam pendidikan. Oleh itu, penulis haruslah memastikan penulisan blog itu memberi kebaikan dan manfaat kepada pembaca.

Tuesday, October 1, 2019

BBM3410Satu2019: Bird's Eye View (Belalang Production)

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Baiklah saya ingin berkongsi kepada anda semua asas fotografi yang terakhir iaitu bird's eye view. Bird's eye view merupakan gambar yang diambil dari atas ke bawah sehingga memperlihatkan sesuatu objek itu kelihatn jauh atau kecil. Untuk lebih mudah difahami bird eye view ini merupakan pandangan melalui burung. Berikut merupakan contoh gambar bagi bird's eye view:



BIRD'S EYE VIEW




Gambar di atas diambil semasa kami berada di Taman Wetland, Putrajaya. Gambar ini diambil dari tempat yang tinggi sehingga memperlihatkan 3 orang kawan aku yang berada di bawah. Sebab nakkan gambar yang cantik, kawan aku sanggup naik tempat yang tinggi. Jadi inilah hasilnya. Cantik kan?






Gambar ini diambil dari tingkat 5 Kolej 12. Gagah jugalah kawan aku ambil gambar walalupun takut telefon terjatuh ke bawah...






Gambar yang terakhir untuk bird's eye view ini diambil semasa kawan aku berada di IOI Mall. Aku pun tak pasti dia ambil gambar ini dari tingkat berapa. Yang pasti dia ambil dari tingkat yang paling atas sehingga memperlihatkan orang-orang yang berada di bawah itu kelihatan kecil.





Akhir kata, saya berharap ilmu yang saya kongsi ini mengenai asas dalam fotografi mampu memberi manfaat kepada anda semua. Oleh itu, apabila mahu mengambil gambar selepas ini pastikan semua asas fotografi itu diaplikasikan dalam kehidupan seharian... Terima kasih ...

BBM3410Satu2019: Over The Shoulder (Belalang Production)

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di sini saya ingin berkongsi asas fotografi yang kelima iaitu over the shoulder. Over the shoulder merupakan gambar yang diambil melalui bahu seseorang itu tanpa memperlihatkan muka orang itu. Berikut merupakan contoh bagi gambar over the shoulder.




OVER THE SHOULDER 






Gambar over the shoulder ini memperlihatkan gambar diambil melalui bahu seseorang itu tanpa melihat muka orang tersebut dan terdapat objek di hadapannya sama ada manusia atau pemandangan.





Sekarang ini yang menganggu penglihatan aku adalah tudung yang dia pakai. Silau mata sebab tudungnya berkelip-kelip. Gambar in diambil melalui bahu aku sendiri dan memperlihatkan kawan aku dua orang yang sedang acah berposing.





Gambar ini diambil melalui bahu Afifah dan memperlihatkan aku dan rakan-rakan yang lain berada suatu sudut.

BBM3410Satu2019: Mug Shot (Belalang Production)

Assalamualaikum semua... Asas fotografi yang keempat ialah mug shot. Mug shot ini ibarat macam gambar passport. Berikut merupakan contoh bagi gambar mug shot.




MUG SHOT (MANUSIA)








Gambar di atas merupakan gambar mug shot yang beremosi kecewa. Gambar mug shot ini diambil dari bahu ke atas. Manakala pada bahagian atas perlu ada ruang dan ruang tersebut mestilah bersaiz sederhana.







Gambar di atas merupakan gambar mug shot yang beremosi marah. Gambar mug shot ini diambil dari 3 sudut yang berbeza iaitu hadapan, sisi dan separa sisi. Takut pula aku lihat muka Iqbal ini. Memang marah betul. Marah pada siapa tu?








Gambar ini merupakan gambar mug shot yang beremosi sedih. Hurm aku tengok Si Qiu ni menangis aku pun rasa macam nak menangis. Janganlah sedih-sedih yea. 

BBM3410Satu2019: Medium Shot (Belalang Production)

Assalamualaikum semua. Ini merupakan asas fotografi yang ketiga iaitu medium shot. Medium shot ialah gambar yang diambil secara dekat. Berikut merupakan contoh gambar medium shot bagi manusia serta pemandangan dan manusia.




MEDIUM SHOT  (MANUSIA)





Gambar ini diambil di sekitar Putrajaya dimana terletak bangunan-bangunan kerajaan. Jejaka dalam gambar di atas bernama Goliff. Nama dia unik sebab dia merupakan orang Sabah. Sekali tengok macam Cina pun ada.




Alahai pipah. Malu dengan siapa tu sampaikan mata terpejam...hehehe... Nak bagi ayat pickupline saya tak tahu la. 




Saja nak bagi tahu, dalam gambar itu aku tau yang pakai tudung berwarna biru gelap. Acah ambil gambar candid. Tengah lihat apa tu?




MEDIUM SHOT ( PEMANDANGAN DAN MANUSIA)




Pandang-pandang belakang nak apa Rina? Kami pilih dia sebagai model untuk gambar medium shot bagi manusia dan pemandangan. Mesti korang peningkan nak pilih yang mana satu cantik ? Orangnya atau pemandangan yang belakang tu?





Inilah 3 orang jejaka di dalam Team Belalang Production. Gambar ini diambil semasa kami berada di Taman Wetland, Putrajaya. Aku suka sangat pemandangan di dalam gambar ni. Rasa macam berada di luar negara la pulak ...




Alahai selesa yea menyandar di situ.. Tahu tengah penat tu. Penat pun muka masih lagi nampak ceria sampaikan mata pun tak nampak.

BBM3410Satu2019: Long Shot (Belalang Production)

Assalamualaikum semua... Ini merupakan asas fotografi yang kedua iaitu long shot. Long shot merupakan gambar manusia atau bukan manusia yang diambil serta gambar tersebut kelihatan jauh dan semakin mengecil. Berikut merupakan gambar bagi long shot untuk pemandangan serta pemandangan dan manusia:


LONG SHOT (PEMANDANGAN)




Gambar ini diambil semasa kami berada di Putrajaya. Pada waku itu, hujan turun renyai-renyai sehingga memperlihatkan lantai mozek tersebut kelihatan basah.



Rasa tenang apabila melihat tumbuhan menghijau ini. Daunnya lebat sekali. Kalaulah pokok ini boleh aku bawa balik, dah lama aku bawa. hahaha..




Gambar ini diambil semasa kami berada di Taman Saujana yang terletak di Putrajaya. Gambar ini memperlihatkan pemandangan dari jarak yang jauh sehingga memperlihatkan bangunan di hujung gambar tersebut kelihatan kecil.




LONG SHOT (PEMANDANGAN DAN MANUSIA)




Gambar di atas diambil di sekitar Putrajaya di mana terdapat bangunan-bangunan kerajaan di sekelilingnya. 



Gambar ini diambil semasa kami berada di Taman Saujana. Gambar ini memperlihatkan pemandangan dan manusia dari jarak yang jauh.




Suzie dan pokok dalam gambar di atas berpisah tiada. Aku lihat lebih kurang sahaja saiz Suzie dengan pokok di sebelahnya. Orangnya kecil molek. Bertambah kecil aku lihat dia dalam gambar ini. hahaha....

BBM3410Satu2019: Close-Up (Belalang Production)

 CLOSE-UP ( MANUSIA)

Asslamualaikum semua... Di sini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai asas dalam fotografi. Asas fotografi yang pertama ialah close-up. Close-up merupakan gambar yang diambil secara dekat dalam keadaan bersedia. Berikut merupakan contoh gambar bagi close-up untuk manusia dan bukan manusia:






Ini ialah Hakimah. Tapi aku memanggil nama dia Kimah . Dalam gambar ini, memperlihatkan dia sedang membuat gaya menggoda. Sesiapa sahaja pasti akan tergoda dengan lirikan mata Kimah ini.





Ini pula Atikah. Atikah ini keningnya lebat dan cantik. Kening dia ini asli tau. Bukan kening buatan sendiri.  Dalam gambar ini, senyuman Atikah kelihatan menawan sekali yang mampu memikat hati jejaka di luar sana.





Amboi-amboi. Tengok siapa tu Fatin? Kemain lagi mata tu merenung. Apa pandang-pandang?  Tak puas hati ke? hahahaha





CLOSE-UP BUKAN MANUSIA




Kalau kawan-kawan nak tahu, bunga ini merupakan bunga orkid. Cantik kan bunga orkid ini? Sesungguhnya ciptaan Allah SWT semuanya indah-indah belaka.





Haish... Bila lihat gambar di atas rasa lapar pula. Kenapalah gambar makanan muncul masa aku tengah buat kerja ini... Gambar ini diambil oleh kawan aku semasa mereka makan di IOI Mall.




Bagi lelaki gelang ini nampak biasa-biasa sahaja tetapi bagi perempuan gelang ini nampak macam gelang emas tau...





BBM3410Satu2019: KALENDAR 2020

Assalamualaikum geng... Haaa untuk kelas amali yang terakhir ini aku diminta untuk menghasilkan kalendar 2020... Pada mulanya banyak juga y...