Saturday, December 7, 2019

BBM3410SATU2019: MINGGU 12 INSTAGRAM SATU DAN DUA

Assalamualaikum...untuk post di instgram pada minggu ini, Prof minta kami semua post gambar iaitu bergambar dengan 'Prof' dan gambar 'Emoji'. 


INSTAGRAM


1. BERGAMBAR BERSAMA PROF



Aku nak perkenalkan pensyarah paling rare pada abad ini iaitu Prof. Dr. Normaliza ๐Ÿ’•... Dulu kalau dengar nama Prof ni dari senior/junior yang lain memang gerun... Sebab semua cakap Prof ni garang... Sebenarnya Prof ini tak garang pun... Kalau kau buat masalah macam DATANG LAMBAT KE KELAS,  TAK SIAPKAN KERJA,  HIDUP DENGAN ALASAN JE memang jadi rimau laa Prof... Kalau kau dengar cakap, buat kerja haa Prof baik² sahaja... Lagi satu Prof ni sebenarnya kelakar tau... Buat lawak tapi muka serius ๐Ÿ˜‚ Comel betul lah @drnormaliza


2. EMOJI



Emoji๐Ÿ˜ฎ

Tak payah nak buat muka terkejut sangatlah... Terimalah hakikat bahawasanya lagi dua minggu je lagi kau dah nak habis belajar dah wehh...Allahu... Lepas ni mesti rindu gila zaman degree...3 tahun setengah sekejap jea rasanya... @drnormaliza 


FACEBOOK








TWITTER




3. BUKTI PROF LIKE DAN COMMENT GAMBAR 


BBM3410SATU2019: MINGGU 11 INSTAGRAM SATU DAN DUA



Hai sahabat blog semua... Tugasan di Instagram kali ini, aku perlu post gambar IBU dan gambar yang menunjukkan KEBERKATAN beserta caption menarik... kami juga perlu linkkan posting di IG terus ke Facebook dan Twitter


INSTAGRAM


1. IBU



Ini mak saya yang bernama Salmah binti Ishak ๐Ÿ’• mak nampak muda walaupun umur dah 50 tahun... Untunglah mak muda macam anak dara ๐Ÿ˜„ Jom ikuti perbualan ringkas aku dengan mak aku... Semalam punya cerita .

Aku: Assalamualaikum mak

Mak: Waalaikumsalam

Aku: Buat apa tu?  Dah makan ke? 

Mak: Dah makan dah.. Adik dah makan ke? 

Aku: Dah mak. Adik makan keropok lekor.  Tadi pergi pasar Jumaat kat Sri Serdang nun.

Mak: Allah... Kan mak dah pesan jangan makan keropok lekor. Nanti tercekik tulang lagi.

Aku: Alaaa mak.. Itu dulu... Sekarang ni okay dah... Tak ada tercekik tulang dah ๐Ÿ˜‚

. *Al-kisahnya masa sem berapa ntah aku pernah tercekik tulang dek makan keropok lekor. Jenoh jugaklah nak tunggu tulang tu mereput. Rasanya seminggu jugaklah aku terpaksa menahan sakitnya tu. Sejak dari kes tu mak memang tak bagi aku makan keropok lekor ๐Ÿ˜‚ @drnormaliza


2. KEBERKATAN



Aku suka bila Prof cerita tentang KEBERKATAN dalam kelas Isnin yang lepas... Prof kaitkan dengan pelajar yang selalu datang lambat ke kelas  tup tup tup bila exam dia dapat A... BERKAT ke dengan apa yang dia dapat tu? Apa yang Prof cakap tu sememangnya betul... Kalau tak terkesan lagi dengan kata² Prof tu tak tahu laaa nak habaq lagu mana...Renung-renungkanlah... Tapi saya tak pernah datang lambat kelas Prof ๐Ÿค— @drnormaliza


FACEBOOK







TWITTER






BBM3410SATU2019: MINGGU 10 INSTAGRAM SATU DAN DUA

Assalamualaikum kawan-kawan semua... Haaa untuk post di Instagram kali ini, Prof minta kami post gambar yang menggambarkan KELEGAAN dan KEGEMBIRAAN beserta caption yang menarik. Nak tengok apa gambar yang aku post? Jeng jeng jeng...




INSTAGRAM 



1. KELEGAAN 




KELEGAAAN aku bila lihat mak abah sihat... ๐Ÿ˜‚ Syukur alhamduliah Allah pelihara mak abah... Syukur juga sebab aku masih ada mak abah ๐Ÿ’•  Bila tengok gambar ni, mak abah macam kembang setaman๐Ÿ˜‚... Itu tandanya mak abah bahagia... ๐Ÿ˜˜ Adik sayang mak abah ❤️




2. KEGEMBIRAAN




KEGEMBIRAAN pada diri aku apabila aku masih lagi boleh bergelak tawa dan tersenyum...aku juga gembira bila kawan² aku yang lain suka dengan lawak bodoh aku ๐Ÿ˜‚ Yeke suka? Pandai² je aku memuji diri sendiri.. Lagi satu bila aku melawak, lawak aku serius... Tahu² kawan² aku dah gelak dengan lawak aku tu walaupun aku tak tahu kat mana lawaknya ๐Ÿ˜‚ Tapi saya akan lebih GEMBIRA bila dapat siapkan semua tugasan yang prof bagi @drnormaliza

3. BUKTI PROF LIKE GAMBAR






FACEBOOK












TWITTER




BBM3410SATU2019: MINGGU 9 INSTAGRAM SATU DAN DUA



Salam sejahtera...kali ini tugasan di Instagram Prof minta kami post gambar yang menunjukkan KETENANGAN dan KEBERKATAN... Jomlah tengok gambar-gambar yang aku post di Instagram...Jom follow ig aku @sunbaenimainul




1. KETENANGAN




Sesungguhnya setiap ciptaan Allah itu mampu memberikan ketenangan ๐Ÿ’• Sejuk mata memandang apabila melihat tumbuhan yang menghijau ๐Ÿค— Kalau rasa stress lepastu tengok tumbuhan yang menghijau ni confirm akan rasa tenang...Tak percaya cubalah tengok gambar ni ... Kawan-kawan rasa tenang tak tengok pemandangan yang menghijau tu? Ke rasa tenang apabila lihat Cik Ainul di depan tu ๐Ÿ˜‚


2. KEREDAAN 




Berbaki lagi 5 minggu ๐Ÿ˜ข Semoga insan yang bernama Ainul Najiha Solehah tidak berputus asa dalam menyiapkan segala tugasan termasuk FYP... Konsep REDHA yang diperkenalkan oleh Prof. Dr. Normaliza menjadi bekalan untuk aku menempuh cabaran dan dugaan semester ini...


3. BUKTI PROF LIKE DAN KOMEN GAMBAR 



Friday, December 6, 2019

BBM3410SATU - MINGGU 4 ASAS FOTOGRAFI






Tangan sebelah kiri mengelap peluh di muka model manakala tangan sebelah kanan mengipas model yang sedang kepanasan ๐Ÿ˜‚ seharian aku bermandikan peluh disebabkan photoshoot ni ๐Ÿ˜ Walaupun penat tapi sebenarnya menyeronokkan ๐Ÿ˜˜ REDA itu pasti ..

BBM3410SATU - MINGGU 3 KELAS ATAS TALIAN

Assalamualaikum...Minggu ke-3 kelas multimedia aku diberikan 2 tugasan atas talian. Sebab kelas tiada jadi Prof ada bagi kerja...Jangan ingat bila tak ada kelas kerja tak ada yea. Yang pasti kerja ni kena hantar on time... lambat hantar kena tolak markah...gigih jugaklah aku nak menyiapkannya...

  1. Membuat sinopsis cerita sosial yang berjudul Nenek dan Datuk dan menyenaraikan jenis-jenis multimedia 




 2. Membuat ulasan mengenai 'Etika Penulisan Blog'











Bukti Prof like kerja saya 



BBM3410SATU2019: INSTAGRAM MINGGU SATU




Assalamualaikum... .Minggu pertama aku telah diberikan tugasan iaitu post satu gambar candid dengan caption yang menarik di Instagram...Susah jugaklah aku nak memikirkan gaya apa nampak menarik ? yang candid? last-last almari buruk jugak jadi tempat aku untuk bergambar...hahahaha



Ini bukti Prof like saya punya post... Terima Kasih Prof


Yang ini pula bukti Prof follow saya saya follow Prof di Instagram

BBM3410Satu2019: KALENDAR 2020

Assalamualaikum geng... Haaa untuk kelas amali yang terakhir ini aku diminta untuk menghasilkan kalendar 2020... Pada mulanya banyak juga y...