Monday, December 16, 2019

BBM3410Satu2019: KALENDAR 2020

Assalamualaikum geng... Haaa untuk kelas amali yang terakhir ini aku diminta untuk menghasilkan kalendar 2020... Pada mulanya banyak juga yang aku tak tahu bagaimana nak hasilkan sebuah kalendar dengan menggunakan Adobe Photoshop. Berkat tunjuk ajar daripada Encik Akmal dan rakan-rakan akhirnya aku berjaya juga siapkan kalendar bermula dari muka depan sampailah bulan Disember. Nak cerita pengalaman buat kalendar ini ya ampun teruk bangat... aku banyak kali edit kalendar aku tu, bersengkang mata sampai ke subuh semata-mata nak siapkan kalendar tu, dengan salah format lagi...hurm.. penat...menangis jugalakh aku siapkan kalendar ni.. tapi bila dah siap rasa lega sangat-sangat...hehehe


Muka Depan Kalendar


Januari

Februari

Mac


April


Mei


Jun

Julai


Ogos (Jangan ditanya mana muka saya..)

September


Oktober


 November


Disember

Sunday, December 15, 2019

BBM3410Satu2019: BERBALAS KOMEN DI IG DR. ALIA



Assalamualaikum semua. Aku  nak perkenalkan Dr. Alia kepada korang semua ...Dr. Alia merupakan anak kepada Prof. Normaliza. Dia juga sangat aktif di Instagram dan rajin post gambar tau. Semua gambar yang diupload di Instagramnya sangat menarik dan kreatif. Dr. Alia juga seorang yang peramah. Pernah sekali tu aku komen gambar Dr. Alia dan Dr pun sudi membalas komen aku. hehehehe. Terima kasih Dr. Alia. kalau korang nak tengok gambar yang cantik dan menarik jangan lupa tau follow instagram Dr. Alia...




Saturday, December 14, 2019

BBM3410SATU2019: AKAUN YOUTUBE PROF. DR. NORMALIZA


Assalamualaikum semua... kali ini aku nak share pada korang semua yang Prof Normaliza ada akaun Youtube sendri. akaun tersebut Prof telah kongsikan pengalaman Prof semasa berada di luar negara seperti di Korea, Jepun dan sebagainya... kalau korang nak tahu lebih lanjut lagi bolehlah subscribe channel Prof.





BBM3410SATU2019: KELAS AMALI (TWITTER)

assalamualaikum semua. kelas amali pada minggu ini kami telah diberikan tugasan di twitter..Tugasan tersebut adalah seperti berikut:

1) Membuat  bebenang di twitter mengenai cerita sosial yang berjudul 'Hati'


aku telah diberikan tugasan untuk membuat bebenang mengenai cerita sosial yang berjudul 'Hati'.  cerita sosial tersebut telah di ambil dalam buku yang berjudul Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.

 2) Menghasilkan apa-apa sahaja cerita pendek


untuk tugasan yang kedua pula, aku perlu membuat satu cerita pendek. Oleh itu, aku telah memilih untuk menceritakan tentang diri aku.

Friday, December 13, 2019

BBM3410SATU2019: VLOG MAKANAN



Assalamualaikum sahabat blog semua... Untuk video yang terakhir ini Prof telah bagi tugasan  menghasilkan sebuah video iaitu Vlog Makanan. Jadinya aku bersama sahabat baikku Aten telah sepakat untuk menghasilkan video ini bersama. Kami telah memilih Texas Chicken bagi tugasan kali ini. Semasa hari kejadian, ada perkara yang kelakar yang terjadi. Contohnya, aku tengah rekod kawan aku tapi yang spoilnya aku tak tekan button rekod. hahahaha.. terpaksa buat lagi sekali. Lagi satu orang yang makan di situ asyik lihat je gelagat kami berdua. malu betul kami.. demi tugasan ini kami sanggup tebalkan muka. 

BBM3410Satu2019: Ketika dan Kalimat


Assalamualaikum semua sahabat sekalian. Memandangkan semester 7 ini bakal berlabuh tirai aku ingin berkongsi suka duka aku sepanjang semester ini. Memang tak dinafikan semester 7 ini bagi aku sungguh mencabar sekali walaupun jumlah kredit untuk semester ini hanya 14 sahaja tetapi kerja untuk setiap subjek tu ya ampun banyak bangat. Lagi satu kami pelajar tahun akhir ini terikat dengan Projek Ilmiah Tahun Akhir. Memang stress sangat-sangat sebab semua kerja nak kena buat. Bila buat kerja untuk subjek lain teringat pada PITA. Bila buat PITA teringat kerja subjek lain. hahaha. Kadang-kadang tu jadi buntu yang mana perlu selesaikan terlebih dahulu.

Baiklah aku nak berkongsi satu subjek yang menarik yang aku ambil untuk semester ini iaitu BBM3410 Multimedia Dalam Bahasa. Subjek ini telah diajar oleh Prof. Dr. Normaliza binti Abd Rahim. Subjek ini memang wajib kami ambil. Jadinya memang tak boleh drop ke apa. Nak tak nak kau kena ambil juga. Sebelum ambil subjek ini memang ada dengar dari junior-junior yang lepas bagi tahu kelas Prof ini kerja memang banyak gila. Ternyata memang betul..hahahaha.

Hari pertama kuliah telah terbukti kelas ini memang kerja banyak gila. Tapi Prof telah perkenalkan kepada kami semua iaitu konsep Redha. Kerja banyak ke apa kena Redha. Lagi satu Prof ni jenis yang pentingkan disiplin. Contohnya, kami wajib datang awal ke kelas, kasut wajib pakai yang bersarung dan kalau nak bentang video ahli kumpulan wajib semua hadir. Selain itu, kami juga ada kelas amali yang dikendalikan oleh Encik Akmal. Kelas amali ini best sebab kami perlu buat tugasan di media sosial seperti facebook, blog, twitter, instagram dan sebagainya. Jadinya tak adalah mengantuk dalam kelas. Encik Akmal pun baik dan rajin melayan kerenah kami yang macam-macam ini. Sabar jela yea Encik Akmal. 

Selain itu, kami telah diminta untuk menubuhkah sebuah kumpulan dan dari sinilah telah tertubuhnya Belalang Production yang dianggotai 11 orang ahli. Kursus ini menuntut aku untuk berlakon, menari dan sebagainya. Aku ni agak susah sikit bila nak kena berlakon menari sebab kayu.hahaha. tapi bila berlatih dan support dari kawa-kawan semua benda yang tak boleh tu jadi boleh. Sepanjang 14 minggu bekerjasama dalam Belalang Production macam-macam yang terjadi. Perselisihan faham itu tipulah kalau tak berlaku kan. Tapi alhamdulilah perkara tersebut tak berlanjutan sampai ke akhir. kalau tak puas hati ke apa ke kami cakap depan-depan untuk selesaikan masalah tersebut supaya semua kerja yang dilakukan akan menjadi mudah. lagi 1 bukan mudah nak bekerjasama apabila melibatkan ahli kumpulan yang ramai ini. Pening kepala dibuatnya. Yang seorang macam ini, yang seorang lagi macam tu. nasib baiklah kami ada ketua kumpulan yang bagi aku perform habislah menjaga kami semua sepanjang 14 minggu ini. Kursus ini juga telah mengajar aku sikap kerjasama dalam pasukan, sikap bertimbang rasa, tolak-ansur dan sebagainya. 

Sedih memang sedih sebab aku bakal menamatkan zaman degree aku di UPM. Selepas ini masing-masing dengan haluan sendiri. Jadinya, bila berkerjasama dengan team Belalang Production betul-betul menguatkan ikatan persahabatan kami bersama. Perkara ini memang tak dapat aku lupakan sampai bila-bila sebab aku tak pernah bekerjasama dalam sebuah kumpulan yang besar. Aku juga nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Prof Normaliza sebab menjadikan aku seorang yang Redha untuk semester ini. Prof ni sebenarnya tak adalah garang mana. Kelakar lagi adalah. Comel la Pof bila melawak tapi muka serius. Segala ilmu yang Prof dan Encik Akmal curahkan akan aku manfaatkan dalam kehidupan seharian. Terima kasih Prof terima kasih Encik Akmal. Segala salah dan silap harap dimaafkan. Doakan saya semoga cemerlang dunia dan akhirat... 





Team Belalang Production



Pelajar Becelor Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu)


Kelas Multimedia yang terakhir 


Prof. Dr. Normaliza binti Abd Rahim 


Team Belalang Production dan Encik Akmal

Sunday, December 8, 2019

BBM3410SATU - VIDEO 15 (One Shot Three Layer - SAYA TAHU)

Assalamualaikum geng... Haa video kali ini kami diberikan tugasan untuk membuat video mengenai lagu berjudul Saya Tahu. Korang tahu tak yang lagu Saya Tahu ini merupakan lagu ciptaan Prof. Dr. Normaliza dan telah diterbitkan oleh pihak Universiti Putra Malaysia. Hebat tak Prof kami? Bukan calang-calang tau Prof kami sebab Prof kami ni serba boleh. okay sambung balik mengenai tugasan yang perlu kami lakukan,  kami perlu merekod video ini di dua tempat yang berbeza. Lagi satu video yang kami hasilkan ini adalah video 1 shoot 3 layer. hahahaha aku yang miming lagu tu terpaksa tebalkan  muka demi siapkan tugasan kali ini. orang yang lalu-lalang pun heran tengok apa yang kami buat. korang nak tahu tempat mana yang telah kami pilih untuk rekod video kali ini? jom lihat video di bawah.


BBM3410Satu2019: KALENDAR 2020

Assalamualaikum geng... Haaa untuk kelas amali yang terakhir ini aku diminta untuk menghasilkan kalendar 2020... Pada mulanya banyak juga y...