Monday, December 16, 2019

BBM3410Satu2019: KALENDAR 2020

Assalamualaikum geng... Haaa untuk kelas amali yang terakhir ini aku diminta untuk menghasilkan kalendar 2020... Pada mulanya banyak juga yang aku tak tahu bagaimana nak hasilkan sebuah kalendar dengan menggunakan Adobe Photoshop. Berkat tunjuk ajar daripada Encik Akmal dan rakan-rakan akhirnya aku berjaya juga siapkan kalendar bermula dari muka depan sampailah bulan Disember. Nak cerita pengalaman buat kalendar ini ya ampun teruk bangat... aku banyak kali edit kalendar aku tu, bersengkang mata sampai ke subuh semata-mata nak siapkan kalendar tu, dengan salah format lagi...hurm.. penat...menangis jugalakh aku siapkan kalendar ni.. tapi bila dah siap rasa lega sangat-sangat...hehehe


Muka Depan Kalendar


Januari

Februari

Mac


April


Mei


Jun

Julai


Ogos (Jangan ditanya mana muka saya..)

September


Oktober


 November


Disember

Sunday, December 15, 2019

BBM3410Satu2019: BERBALAS KOMEN DI IG DR. ALIA



Assalamualaikum semua. Aku  nak perkenalkan Dr. Alia kepada korang semua ...Dr. Alia merupakan anak kepada Prof. Normaliza. Dia juga sangat aktif di Instagram dan rajin post gambar tau. Semua gambar yang diupload di Instagramnya sangat menarik dan kreatif. Dr. Alia juga seorang yang peramah. Pernah sekali tu aku komen gambar Dr. Alia dan Dr pun sudi membalas komen aku. hehehehe. Terima kasih Dr. Alia. kalau korang nak tengok gambar yang cantik dan menarik jangan lupa tau follow instagram Dr. Alia...




Saturday, December 14, 2019

BBM3410SATU2019: AKAUN YOUTUBE PROF. DR. NORMALIZA


Assalamualaikum semua... kali ini aku nak share pada korang semua yang Prof Normaliza ada akaun Youtube sendri. akaun tersebut Prof telah kongsikan pengalaman Prof semasa berada di luar negara seperti di Korea, Jepun dan sebagainya... kalau korang nak tahu lebih lanjut lagi bolehlah subscribe channel Prof.





BBM3410SATU2019: KELAS AMALI (TWITTER)

assalamualaikum semua. kelas amali pada minggu ini kami telah diberikan tugasan di twitter..Tugasan tersebut adalah seperti berikut:

1) Membuat  bebenang di twitter mengenai cerita sosial yang berjudul 'Hati'


aku telah diberikan tugasan untuk membuat bebenang mengenai cerita sosial yang berjudul 'Hati'.  cerita sosial tersebut telah di ambil dalam buku yang berjudul Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.

 2) Menghasilkan apa-apa sahaja cerita pendek


untuk tugasan yang kedua pula, aku perlu membuat satu cerita pendek. Oleh itu, aku telah memilih untuk menceritakan tentang diri aku.

Friday, December 13, 2019

BBM3410SATU2019: VLOG MAKANAN



Assalamualaikum sahabat blog semua... Untuk video yang terakhir ini Prof telah bagi tugasan  menghasilkan sebuah video iaitu Vlog Makanan. Jadinya aku bersama sahabat baikku Aten telah sepakat untuk menghasilkan video ini bersama. Kami telah memilih Texas Chicken bagi tugasan kali ini. Semasa hari kejadian, ada perkara yang kelakar yang terjadi. Contohnya, aku tengah rekod kawan aku tapi yang spoilnya aku tak tekan button rekod. hahahaha.. terpaksa buat lagi sekali. Lagi satu orang yang makan di situ asyik lihat je gelagat kami berdua. malu betul kami.. demi tugasan ini kami sanggup tebalkan muka. 

BBM3410Satu2019: Ketika dan Kalimat


Assalamualaikum semua sahabat sekalian. Memandangkan semester 7 ini bakal berlabuh tirai aku ingin berkongsi suka duka aku sepanjang semester ini. Memang tak dinafikan semester 7 ini bagi aku sungguh mencabar sekali walaupun jumlah kredit untuk semester ini hanya 14 sahaja tetapi kerja untuk setiap subjek tu ya ampun banyak bangat. Lagi satu kami pelajar tahun akhir ini terikat dengan Projek Ilmiah Tahun Akhir. Memang stress sangat-sangat sebab semua kerja nak kena buat. Bila buat kerja untuk subjek lain teringat pada PITA. Bila buat PITA teringat kerja subjek lain. hahaha. Kadang-kadang tu jadi buntu yang mana perlu selesaikan terlebih dahulu.

Baiklah aku nak berkongsi satu subjek yang menarik yang aku ambil untuk semester ini iaitu BBM3410 Multimedia Dalam Bahasa. Subjek ini telah diajar oleh Prof. Dr. Normaliza binti Abd Rahim. Subjek ini memang wajib kami ambil. Jadinya memang tak boleh drop ke apa. Nak tak nak kau kena ambil juga. Sebelum ambil subjek ini memang ada dengar dari junior-junior yang lepas bagi tahu kelas Prof ini kerja memang banyak gila. Ternyata memang betul..hahahaha.

Hari pertama kuliah telah terbukti kelas ini memang kerja banyak gila. Tapi Prof telah perkenalkan kepada kami semua iaitu konsep Redha. Kerja banyak ke apa kena Redha. Lagi satu Prof ni jenis yang pentingkan disiplin. Contohnya, kami wajib datang awal ke kelas, kasut wajib pakai yang bersarung dan kalau nak bentang video ahli kumpulan wajib semua hadir. Selain itu, kami juga ada kelas amali yang dikendalikan oleh Encik Akmal. Kelas amali ini best sebab kami perlu buat tugasan di media sosial seperti facebook, blog, twitter, instagram dan sebagainya. Jadinya tak adalah mengantuk dalam kelas. Encik Akmal pun baik dan rajin melayan kerenah kami yang macam-macam ini. Sabar jela yea Encik Akmal. 

Selain itu, kami telah diminta untuk menubuhkah sebuah kumpulan dan dari sinilah telah tertubuhnya Belalang Production yang dianggotai 11 orang ahli. Kursus ini menuntut aku untuk berlakon, menari dan sebagainya. Aku ni agak susah sikit bila nak kena berlakon menari sebab kayu.hahaha. tapi bila berlatih dan support dari kawa-kawan semua benda yang tak boleh tu jadi boleh. Sepanjang 14 minggu bekerjasama dalam Belalang Production macam-macam yang terjadi. Perselisihan faham itu tipulah kalau tak berlaku kan. Tapi alhamdulilah perkara tersebut tak berlanjutan sampai ke akhir. kalau tak puas hati ke apa ke kami cakap depan-depan untuk selesaikan masalah tersebut supaya semua kerja yang dilakukan akan menjadi mudah. lagi 1 bukan mudah nak bekerjasama apabila melibatkan ahli kumpulan yang ramai ini. Pening kepala dibuatnya. Yang seorang macam ini, yang seorang lagi macam tu. nasib baiklah kami ada ketua kumpulan yang bagi aku perform habislah menjaga kami semua sepanjang 14 minggu ini. Kursus ini juga telah mengajar aku sikap kerjasama dalam pasukan, sikap bertimbang rasa, tolak-ansur dan sebagainya. 

Sedih memang sedih sebab aku bakal menamatkan zaman degree aku di UPM. Selepas ini masing-masing dengan haluan sendiri. Jadinya, bila berkerjasama dengan team Belalang Production betul-betul menguatkan ikatan persahabatan kami bersama. Perkara ini memang tak dapat aku lupakan sampai bila-bila sebab aku tak pernah bekerjasama dalam sebuah kumpulan yang besar. Aku juga nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Prof Normaliza sebab menjadikan aku seorang yang Redha untuk semester ini. Prof ni sebenarnya tak adalah garang mana. Kelakar lagi adalah. Comel la Pof bila melawak tapi muka serius. Segala ilmu yang Prof dan Encik Akmal curahkan akan aku manfaatkan dalam kehidupan seharian. Terima kasih Prof terima kasih Encik Akmal. Segala salah dan silap harap dimaafkan. Doakan saya semoga cemerlang dunia dan akhirat... 





Team Belalang Production



Pelajar Becelor Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu)


Kelas Multimedia yang terakhir 


Prof. Dr. Normaliza binti Abd Rahim 


Team Belalang Production dan Encik Akmal

Sunday, December 8, 2019

BBM3410SATU - VIDEO 15 (One Shot Three Layer - SAYA TAHU)

Assalamualaikum geng... Haa video kali ini kami diberikan tugasan untuk membuat video mengenai lagu berjudul Saya Tahu. Korang tahu tak yang lagu Saya Tahu ini merupakan lagu ciptaan Prof. Dr. Normaliza dan telah diterbitkan oleh pihak Universiti Putra Malaysia. Hebat tak Prof kami? Bukan calang-calang tau Prof kami sebab Prof kami ni serba boleh. okay sambung balik mengenai tugasan yang perlu kami lakukan,  kami perlu merekod video ini di dua tempat yang berbeza. Lagi satu video yang kami hasilkan ini adalah video 1 shoot 3 layer. hahahaha aku yang miming lagu tu terpaksa tebalkan  muka demi siapkan tugasan kali ini. orang yang lalu-lalang pun heran tengok apa yang kami buat. korang nak tahu tempat mana yang telah kami pilih untuk rekod video kali ini? jom lihat video di bawah.


BBM3410SATU - VIDEO 14 (TRAGEDI DAN SERAM)


Assalamualaikum semua...kali ini kami perlu menghasilkan sebuah video tragedi dan seram.  pada mulanya kami teruja sangat sebab kena hasilkan video berkaitan seram dan tragedi... dalam masa yang sama kami juga perlu fikirkan kelainan pada video yang ingin kami hasilkan supaya apa yang kami hasilkan ini tidak sama dengan kumpulan yang lain... kalau korang nak tahu video ini seram atau tidak jom lihat video di bawah ini... 😙




BBM3410SATU - VIDEO 13 (SERBUK PENCUCI BAJU)

assalamualaikum semua... tugasan kali ini kami perlu menghasilkan satu produk iaitu 'Serbuk Pencuci Baju'. Jadinya kami perlu mencipta nama produk kami, menghasilkan 6 jenis produk serbuk pencuci baju yang berlainan dan mencipta ayat-ayat yang menarik supaya Prof tertarik nak beli kami punya serbuk pencuci baju... korang nak tengok macam mana hasil produk keluaran dari syarikat kami? Jom lihat video di bawah... 😍


BBM3410SATU - VIDEO 12 (VLOG TEMU BUAL PENSYARAH)






assalamualaikum kawan-kawan semua...haa video vlog yang lepas berkaitan konvo di UPM... jadinya untuk video vlog pada kali ini kami perlu menemu ramah seorang pensyarah dan seorang pelajar untuk bertanyakan tentang multimedia dalam pengajaran...nak tengok tak siapa pensyarah yang kami temu ramah tu? jom klik video di atas...jangan lupa like dan subscribe yea...

BBM3410SATU - VIDEO 11 (VIDEO FOKUS)

assalamualaikum semua... kali ini aku diberikan tugasan yang pada aku sangat menarik.. kami perlu hasilkan sebuah video fokus dan perlu membuat jalan cerita mengenai barang yang difokuskan itu...oleh itu, kumpulan kami telah memilih 'puzzle' sebagai fokus... baiklah aku nak cerita sedikit mengenai sinopsis bagi cerita yang telah kami buat. cerita ini mengisahkan 11 orang sahabat yang berkawan sejak di bangku sekolah lagi.. untuk memastikan persahabatan kami ini kekal, kami telah membuat 11 kepingan 'puzzle' dan setiap seorang daripada kami perlu menyimpan puzzle tersebut sampailah kami dewasa... kami telah berjanji untuk 10 tahun akan datang, kami akan berjumpa antara satu sama lain..namun pada hari kejadian salah seorang daripada kami tak dapat hadir...korang nak tahu sebab apa dan mengapa? jom tengok video ni...


Saturday, December 7, 2019

BBM3410SATU2019: MINGGU 12 INSTAGRAM SATU DAN DUA

Assalamualaikum...untuk post di instgram pada minggu ini, Prof minta kami semua post gambar iaitu bergambar dengan 'Prof' dan gambar 'Emoji'. 


INSTAGRAM


1. BERGAMBAR BERSAMA PROF



Aku nak perkenalkan pensyarah paling rare pada abad ini iaitu Prof. Dr. Normaliza 💕... Dulu kalau dengar nama Prof ni dari senior/junior yang lain memang gerun... Sebab semua cakap Prof ni garang... Sebenarnya Prof ini tak garang pun... Kalau kau buat masalah macam DATANG LAMBAT KE KELAS,  TAK SIAPKAN KERJA,  HIDUP DENGAN ALASAN JE memang jadi rimau laa Prof... Kalau kau dengar cakap, buat kerja haa Prof baik² sahaja... Lagi satu Prof ni sebenarnya kelakar tau... Buat lawak tapi muka serius 😂 Comel betul lah @drnormaliza


2. EMOJI



Emoji😮

Tak payah nak buat muka terkejut sangatlah... Terimalah hakikat bahawasanya lagi dua minggu je lagi kau dah nak habis belajar dah wehh...Allahu... Lepas ni mesti rindu gila zaman degree...3 tahun setengah sekejap jea rasanya... @drnormaliza 


FACEBOOK








TWITTER




3. BUKTI PROF LIKE DAN COMMENT GAMBAR 


BBM3410SATU2019: MINGGU 11 INSTAGRAM SATU DAN DUA



Hai sahabat blog semua... Tugasan di Instagram kali ini, aku perlu post gambar IBU dan gambar yang menunjukkan KEBERKATAN beserta caption menarik... kami juga perlu linkkan posting di IG terus ke Facebook dan Twitter


INSTAGRAM


1. IBU



Ini mak saya yang bernama Salmah binti Ishak 💕 mak nampak muda walaupun umur dah 50 tahun... Untunglah mak muda macam anak dara 😄 Jom ikuti perbualan ringkas aku dengan mak aku... Semalam punya cerita .

Aku: Assalamualaikum mak

Mak: Waalaikumsalam

Aku: Buat apa tu?  Dah makan ke? 

Mak: Dah makan dah.. Adik dah makan ke? 

Aku: Dah mak. Adik makan keropok lekor.  Tadi pergi pasar Jumaat kat Sri Serdang nun.

Mak: Allah... Kan mak dah pesan jangan makan keropok lekor. Nanti tercekik tulang lagi.

Aku: Alaaa mak.. Itu dulu... Sekarang ni okay dah... Tak ada tercekik tulang dah 😂

. *Al-kisahnya masa sem berapa ntah aku pernah tercekik tulang dek makan keropok lekor. Jenoh jugaklah nak tunggu tulang tu mereput. Rasanya seminggu jugaklah aku terpaksa menahan sakitnya tu. Sejak dari kes tu mak memang tak bagi aku makan keropok lekor 😂 @drnormaliza


2. KEBERKATAN



Aku suka bila Prof cerita tentang KEBERKATAN dalam kelas Isnin yang lepas... Prof kaitkan dengan pelajar yang selalu datang lambat ke kelas  tup tup tup bila exam dia dapat A... BERKAT ke dengan apa yang dia dapat tu? Apa yang Prof cakap tu sememangnya betul... Kalau tak terkesan lagi dengan kata² Prof tu tak tahu laaa nak habaq lagu mana...Renung-renungkanlah... Tapi saya tak pernah datang lambat kelas Prof 🤗 @drnormaliza


FACEBOOK







TWITTER






BBM3410SATU2019: MINGGU 10 INSTAGRAM SATU DAN DUA

Assalamualaikum kawan-kawan semua... Haaa untuk post di Instagram kali ini, Prof minta kami post gambar yang menggambarkan KELEGAAN dan KEGEMBIRAAN beserta caption yang menarik. Nak tengok apa gambar yang aku post? Jeng jeng jeng...




INSTAGRAM 



1. KELEGAAN 




KELEGAAAN aku bila lihat mak abah sihat... 😂 Syukur alhamduliah Allah pelihara mak abah... Syukur juga sebab aku masih ada mak abah 💕  Bila tengok gambar ni, mak abah macam kembang setaman😂... Itu tandanya mak abah bahagia... 😘 Adik sayang mak abah ❤️




2. KEGEMBIRAAN




KEGEMBIRAAN pada diri aku apabila aku masih lagi boleh bergelak tawa dan tersenyum...aku juga gembira bila kawan² aku yang lain suka dengan lawak bodoh aku 😂 Yeke suka? Pandai² je aku memuji diri sendiri.. Lagi satu bila aku melawak, lawak aku serius... Tahu² kawan² aku dah gelak dengan lawak aku tu walaupun aku tak tahu kat mana lawaknya 😂 Tapi saya akan lebih GEMBIRA bila dapat siapkan semua tugasan yang prof bagi @drnormaliza

3. BUKTI PROF LIKE GAMBAR






FACEBOOK












TWITTER




BBM3410SATU2019: MINGGU 9 INSTAGRAM SATU DAN DUA



Salam sejahtera...kali ini tugasan di Instagram Prof minta kami post gambar yang menunjukkan KETENANGAN dan KEBERKATAN... Jomlah tengok gambar-gambar yang aku post di Instagram...Jom follow ig aku @sunbaenimainul




1. KETENANGAN




Sesungguhnya setiap ciptaan Allah itu mampu memberikan ketenangan 💕 Sejuk mata memandang apabila melihat tumbuhan yang menghijau 🤗 Kalau rasa stress lepastu tengok tumbuhan yang menghijau ni confirm akan rasa tenang...Tak percaya cubalah tengok gambar ni ... Kawan-kawan rasa tenang tak tengok pemandangan yang menghijau tu? Ke rasa tenang apabila lihat Cik Ainul di depan tu 😂


2. KEREDAAN 




Berbaki lagi 5 minggu 😢 Semoga insan yang bernama Ainul Najiha Solehah tidak berputus asa dalam menyiapkan segala tugasan termasuk FYP... Konsep REDHA yang diperkenalkan oleh Prof. Dr. Normaliza menjadi bekalan untuk aku menempuh cabaran dan dugaan semester ini...


3. BUKTI PROF LIKE DAN KOMEN GAMBAR 



Friday, December 6, 2019

BBM3410SATU - MINGGU 4 ASAS FOTOGRAFI






Tangan sebelah kiri mengelap peluh di muka model manakala tangan sebelah kanan mengipas model yang sedang kepanasan 😂 seharian aku bermandikan peluh disebabkan photoshoot ni 😁 Walaupun penat tapi sebenarnya menyeronokkan 😘 REDA itu pasti ..

BBM3410SATU - MINGGU 3 KELAS ATAS TALIAN

Assalamualaikum...Minggu ke-3 kelas multimedia aku diberikan 2 tugasan atas talian. Sebab kelas tiada jadi Prof ada bagi kerja...Jangan ingat bila tak ada kelas kerja tak ada yea. Yang pasti kerja ni kena hantar on time... lambat hantar kena tolak markah...gigih jugaklah aku nak menyiapkannya...

  1. Membuat sinopsis cerita sosial yang berjudul Nenek dan Datuk dan menyenaraikan jenis-jenis multimedia 




 2. Membuat ulasan mengenai 'Etika Penulisan Blog'











Bukti Prof like kerja saya 



BBM3410SATU2019: INSTAGRAM MINGGU SATU




Assalamualaikum... .Minggu pertama aku telah diberikan tugasan iaitu post satu gambar candid dengan caption yang menarik di Instagram...Susah jugaklah aku nak memikirkan gaya apa nampak menarik ? yang candid? last-last almari buruk jugak jadi tempat aku untuk bergambar...hahahaha



Ini bukti Prof like saya punya post... Terima Kasih Prof


Yang ini pula bukti Prof follow saya saya follow Prof di Instagram

BBM3410Satu2019: KALENDAR 2020

Assalamualaikum geng... Haaa untuk kelas amali yang terakhir ini aku diminta untuk menghasilkan kalendar 2020... Pada mulanya banyak juga y...