Friday, December 6, 2019

BBM3410SATU - VIDEO 10 (VLOG KONVOKESYEN UPM 2019)



Assalamualaikum geng...Memandangkan musim konvo dah bermula kami telah diberikan tugasan untuk menghasilkan satu vlog... Vlog ini kami bukan sahaja perlu merakam masa hari konvo tetapi kami perlu menghasilkan sebuah penceritaan iaitu perjalanan hidup mahasiswa  itu sehingga tiba hari graduasi. Korang nak tengok macam mana suasana hari konvi di UPM... Jom tengok vlog ini... Jangan lupa untuk like dan subscribe yea...

BBM3410SATU - VIDEO 9 (ONE SHOT 3 LAYER)





Assalamualaikum sahabat blog semua... Kali ini aku ingin berkongsi sebuah video yang telah kami hasilkan iaitu video 'One Shot 3 Layer'. Pada mulanya video ini kami hasilkan untuk dijadikan video 'One Shot 2 Layer' tetapi disebabkan dalam video ini langsir pula bergerak pada permulaan dah kena ubah balik. Nasib baik kami tak perlu buat yang baru. Fuhhh lega rasanya. Dalam video 'One Shot 3 Layer' perlu ada benda yang bergerak semula jadi. Sebagai contoh, masa rakam video ada kereta lalu, ada daun-daun berguguran, ada orang lalu lalang dan sebagainya. Video kami ini langsir je yang bergoyang sebabkan kena kipas angin. hahahahaha. Lupa pula nak bagi tahu yang kami telah memilih sebuah lagu yang berjudul 'Siti Bilang Cuti'. Korang nak tengok tak pelakon dan penyanyi gedik dalam video ini? Sila tekan video di atas 😚









Wednesday, December 4, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Eh!!! Media Sosial

Assalamualaikum... Hari ini aku nak berkongsi dengan korang semua mengenai satu buku ni yang pada aku sangat menarik untuk dibaca selain menambah ilmu pengetahuan. Judul buku ini bertajuk Eh!!! Media Sosial...

Buku Eh!!! Media Sosial mempunyai 8 bab secara keseluruhannya. Bab satu mengandungi pengenalan mengenai media sosial dimana penulis menyatakan beberapa peranan media sosial serta etika ketika menggunakan media sosial. Selain itu, bab dua mengandungi bab mengenai Twitter dan trend terkini. Dalam bab tersebut, terdapat pengkaji yang melakukan kajian tentang Twitter dan hasil kajian mendapati Twittter menjadi pilihan pengguna setiap hari dengan 313 pengguna. Di samping itu, dalam bab tiga mengandungi tajuk yang berkaitan dengan Facebook. Terdapat kajian tentang Facebook yang dijalankan oleh penulis sendiri dan hasil kajian menunjukkan bahawa Facebook merupakan salah satu alat yang berkesan yang digunakan untuk interaksi pelajar. Seterusnya, dalam bab empat pula, mengandungi tajuk mengenai Instagram. Instagram merupakan sebuah telefon bimbit dan berfungsi untuk perkongsian foto, video dan perkhidmatan rangkaian sosial yang membolehkan penggunanya mengambil gambar dan video.


Bab lima mengandungi tajuk mengenai e-mel. Walaupun pada zaman sekarang terdapat pelbagai media sosial yang diperkenalkan namun penggunaan e-mel masih lagi diguna pakai oleh masyarakat masa kini. Penulis telah memaparkan beberapa kajian yang pernah dilakukan oleh pengkaji tempatan dan juga pengkaji dari Barat terhadap penggunaan e-mel. Seterusnya, bab enam mengandungi tajuk yang berkaitan dengan blog di dalam kelas bahasa. Penulis menceritakan secara terperinci mengenai apa yang dimaksudkan dengan blog serta menunjukkan beberapa kajian yang pernah dijalankan mengenai blog. Normaliza Abd Rahim (2014) telah menyenaraikan 10 etika dalam penulisan blog. Manakala dalam bab tujuh, terdapat tajuk yang berkaitan dengan isu dan rangkaian sosial dalam kalangan pengguna. Dalam bab ini penulis turut mengetengahkan beberapa teori dan sorotan kajian berkaitan dengan isu dalam rangkaian sosial. Bab yang terakhir mengandungi tajuk berkaitan implikasi pedagogi. Penulis telah membincangkan peranan guru dan rangka kerja, peranan pelajar dan suasana pembelajaran. Penulis juga turut menyarankan agar kelas elektronik, makmal dan bengkel diwujudkan supaya membolehkan kursus atas talian dijalankan.








Rujukan: Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. 2017. Eh!!! Media Sosial. Terengganu:
                         Penerbit UMT.

Tajuk Buku: Eh!!! Media Sosial
Penulis: Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim
Harga Buku: Rm 60

#ProfDrNSatu2019
#BBM3410Satu2019
#KelasAmaliMinggu12
#5Disember2019
#belikomebeli



INSTAGRAM 




BUKTI PROF LIKE DAN KOMEN 





FACEBOOK 


TWITTER






Tuesday, November 26, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi Normaliza Abd Rahim (2019)


Ulasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi

Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi mengandungi 6 bab secara keseluruhannya. Dalam bab satu, mengandung kajian mengenai wacana. Wacana merujuk kepada wacana yang berbentuk teks, tulisan, ujaran dan interaksi. Bab dua pula mengandungi teori dan pendekatan wacana yang akan memperkenalkan beberapa teori dan pendekatan wacana yang diperkenalkan oleh pakar-pakar wacana. Pendekatan ini juga sangat penting supaya sesuatu kajian itu berjalan dengan baik serta dapat difahami dengan mudah. Selain itu, bab tiga pula mengandungi analisis wacana dan tekstual dan ujaran. Analisis wacana itu berkaitan dengan wacana tekstual lirik lagu, cerita sosial dan wacana ujaran dalam kalangan kanak-kanak. Di samping itu, bab empat pula mengandungi strategi komunikasi strategi komunikasi ini berkaita dengan ujaran atau interaksi seseorang individu apabila berkomunikasi dengan orang lain.
Dalam bab lima pula mengandungi taksonomi dan pendekatan strategi. Senarai taksonomi  dan juga pendekatan turut diperkenalkan. Strategi komunikasi ini sesuai digunakan seperti dalam interaksi, ujaran, tulisan dan teks.  Seterusnya bab enam pula mengandungi analisis strategi komunikasi dalam kalangan kanak-kanak. Dalam bab ini pengkaji telah melakukan kajian terhadap kanak-kanak semasa dalam perbincangan kumpulan. Pengkaji mendapati terdapat 16 pendekatan strategi komunikasi yang telah digunakan. Kajian ini juga turut memberi kesan terhadap masyarakat, ibu bapa, dan pelajar sekolah. Akhir sekali, bab tujuh mengandungi cadangan kajian yang akan datang mengenai kajian wacana dan strategi komunikasi. Kesimpulannya, buku ini memberikan panduan kepada kita sekiranya ingin melaksanakan  sesuatu kajian wacana itu. Selain itu, kajian wacana juga boleh menggunakan teori dan pendekatan yang telah dibincangkan dalam buku ini. Seterusnya, buku ini juga dapat ilmu kepada pembaca mengenai strategi komunikasi. Hal ini demikian kerana strategi komunikasi ini sangat penting supaya komunikasi itu dapat disampaikan engan baik dan berkesan. Oleh itu, buku ini sememangnya sangat berguna untuk dijadikan rujukan.
Rujukan : Normaliza Abd Rahim. 2019. Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Penerbit: UMT.





INSTAGRAM



BUKTI PROF LIKE GAMBAR 



FACEBOOK





Tuesday, November 12, 2019

BBM3410Satu2019: KELAS AMALI MINGGU 9


Assalamualaikum semua. Kelas amali pada hari ini kami telah diberikan tugasan.


1) Mencipta kata-kata motivasi beserta maksudnya sekali




Semoga kata-kata ini sentiasa menjadi inspirasi buat diriku dan juga sahabat  semua. 




2) Membuat Ringkasan 'Taksonomi dan Pendekatan Strategi Komunikasi




Taksonomi dan Pendekatan Strategi Komunikasi

Monday, November 11, 2019

BBM3410SATU: VIDEO 8 (ONE SHOT 2 LAYER)





Assalamualaikum semua... Tugasan kali ini kami dikehendaki menghasilkan sebuah video iaitu One Shot 2 Layer. Kami telah memilih lagu yang berjudul Suasana Hari Raya nyanyian Anuar Zain & Elena. Walaupun video ini sekadar lakonan sahaja tapi memang rasa macam raya betul. Kami memang try hard gila lah nak bagi nampak macam real suasana hari raya. Contohnya, kami sediakan kuih raya, anyam ketupat untuk buat hiasan, bawak kuali apa semua tu...hahahahaha...Nampak tak kami punya effort? Gigih betul demi menghasilkan sebuah video yang menarik  Nak tahu video ini seronok atau tak? Jangan lupa klik pada video di atas. 

BBM3410SATU: VIDEO 7 (ONE SHOT)


Assalamualaikum semua...Kali ini aku mahu berkongsi dengan sahabat semua berkaitan dengan video yang telah kami hasilkan. Kami telah diberikan tugasan untuk menghasilkan satu video iaitu 'One Shot'. Tugasan kali ini memerlukan aku dan kawan-kawanku yang lain untuk menari. Kami telah memilih lagu yang berjudul Pura-Pura Bujang.  Mulanya aku macam tidak percaya kami semua perlu menari. Tapi demi tugasan kali ini kami sanggup buat apa sahaja. Aku bersama-sama dengan kawanku yang lain berasa bangga dengan apa yang telah kami lakukan. Sebabnya, kami berlatih menari ini tak sampai 24 jam. Lagi satu kami ni badan keras macam kayu. Pada mulanya memang agak susah kerana kami perlu hafal setiap pergerakan dan pergerakan yang dilakukan haruslah sama. Bagi penyanyi, dia perlu menghafal lirik lagu tersebut untuk memudahkan dia melakukan miming. Nak lihat bagaimana kami beraksi. Jomlah lihat video ini dan jangan lupa like dan subscribe sekali .






BBM3410Satu2019: KALENDAR 2020

Assalamualaikum geng... Haaa untuk kelas amali yang terakhir ini aku diminta untuk menghasilkan kalendar 2020... Pada mulanya banyak juga y...